Monday, August 6, 2012

what's going on!!

salam semua
pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 17 umat islam berpuasa
terasa sekejap masa berlalu
pastinya ramai yang dah siap sedia buat persiapan raya
aku sendiri baru 30% done
entah kenapa lately ni xde feel langsung nak sambut raya
mungkin di sebabkan umur makin meningkat so mood beraya tu agak berkurang
yalah bukannya dapat duit raya pun kan...
hahahahahah

lately ni otak terbeban dengan kerja yang makin bertambah
aku akui umur masih muda tapi itu bukan satu alasan untuk aku persiakan apa yang aku ada sekarang
ramai yang kagum dengan pencapaian aku sekarang
tapi mereka tak tau di sebalik kejayaan itu tersembunyi seribu kedukaan
ibu bapa aku pastinya bangga bila anak mereka punyai kerjaya yang membanggakan
tapi pernahkan mereka tanya apa yang aku sendiri inginkan
aku sendiri tak sanggup nak tengok kekecewaan parents aku
akhirnya aku nekad menyambung apa yang family aku inginkan
biarlah hati aku terluka
asalkan family aku bahagia

otak aku sangat2 serabut sekarang ni
makin aku cuba lupakan makin kerap kenangan bersama dia berlegar dalam minda aku
kenapa aku yang harus di pilih menanggung semua beban ni?
cinta aku tulus buat si dia
walaupun banyak kali dia melukakan aku tapi tak sedikit pun hati aku dapat membenci dirinya
tipulah kalau aku katakan aku tak cemburu bila dia bercakap, ber"msg",ber'tweet' mahupun bergurau senda dengan orang lain
hati aku menderita
tapi apa yang mampu aku lakukan
andaikata kesengsaraan aku mampu buat dia bahagia
aku relakan

sekarang ni aku dalam mood protes ngan abg
terasa macam apa yang kitaorang lakukan langsung tak di hargai
ntahlah malas nak fikir apa2 sekarang
otak cukup serabut!!

entries kali ni agak serabut. yalah dah otak pun serabut. ntahlah lately ni apa yang buat semuanya tak kena

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433 H


salam ramadhan al mubarak buat semua umat islam di dunia
tahun ini dengan izin dariNya dapat kita berpuasa kembali
rasanya agak kelewatan menulis blog
terlalu sibuk sangat akhir2 ni
harini masuk hari kedua umat islam berpuasa
bagi diri aku sendiri aku tanamkan dalam diri untuk berubah
1st at all tentulah berubah ke arah kebaikan
aku mengaku aku sendiri terleka dengan hasutan dunia
banyak perkara wajib yang aku lakukan sambil lewa
rasanya dah tiba masanya untuk aku berubah
tak salah kalau kita mengakui kekhilafan diri kita sendiri
objektif puasa aku tahun ni aku ingin mendekatkan diriku kepada Yang Maha Esa
hopefully adalah yang sudi menbantu yer
secondly aku ingin turunkan berat badan
lately ni rasa macam badan aku di pam2 naik
berat pun dah cecah 61 kg
so dengan berpuasa I'm hopefully to reduce at least 10 kg in this month
harap2 korang semua menyokong yer!! *hehehehe*
1st day puasa a bit tough! *Puasa ke?*
berbuka pun ala kadar je
aii maklumlah aku ni bukan kaki melantak
cukup dengan hanya ada air soya & roti
apapun di bulan ramadhan ni elakkan dari pembaziran
kalau boleh makan ikut kemampuan kita
Salam Ramadhan buat semua
harap2 kita berjumpa lagi di ramadhan akan datang

kaum wanita pastinya tak lari dari bercuti di bulan ramadhan. begitu juga aku. awal2 ramadhan bendera dah berkibar. xpelah anggaplah ini satu dugaan.

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, July 4, 2012

salam nifsu syaaban


assalammualaikum semua
salam nifsu syaaban 1433H
satu permulaan lembaran baru dalam hidup kita sebagai umat islam di muka bumi ini
aku jua x terkecuali
aku sedar aku insan yang amat cetek pengetahuan agama
bukan bermakna kedua ibu bapa aku tidak menitik beratkan
mereka kerap menasihati
cuma sebagai anak gadis yang makin meningkat dewasa kadang terleka dengan pengaruh dunia
aku mengaku aku sering mengabaikan tugasan yang WAJIB
sering kali juga merasa kekhilafan atas kesalahan aku
kerap kali aku berniat untuk berubah
tapi apa kan daya
aku hanyalah insan yang lemah
semua insan di sekelilingku jua turut hanyut dengan hasutan dunia
mungkin tiada kesedaran buat kami
dunia yang kami kejarkan sedangkan akhirat belum pasti apa yang menanti
jujur aku katakan
aku perlukan seseorang membimbing aku ke arah kebenaran
yang dapat membantu menerangi kegelapan dalam hidup
semoga lembaran baru ni
aku dapat tunaikan apa aku inginkan

salam nifsu syaaban buat semua. sekiranya ada kesilapan dari aku, aku mohon seribu keampunan. semoga lembaran baru ini memberi seribu keberkatan buat kita semua

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, July 2, 2012

kesedihan kini kembali


dah lama rasanya tak update kat sini
bukan tak ada cerita
bukan tak ada yang ingin di luahkan
macam2 benda berlegar2 di fikiran
cuma tiada kata yang mampu ku ungkapkan
hurmmmm hati ni seolah2 menanggung seribu beban
nak di luah tak tau kat siapa
entah sampai bila lah aku mampu bertahan

pejam celik pejam celik rupanya dah 7 bulan sejak insiden itu
kenapa sehingga hari ni aku tak mampu untuk melupakan dia
kenapa bayangan dan namanya sering meniti di bibir ni?
sepatutnya aku terima kenyataan yang aku tak layak berada di samping dia
dia terlalu sempurna
tiada langsung cacat celanya
sedangkan aku penuh dengan kekhilafan
aku sendiri menyedari kesilapan aku
cuma aku terkilan kerna tak di beri kesempatan untuk memberi penjelasan
aku bukanlah seorang yang kuat
setiap kali aku lihat dia bahagia hatiku sakit!!!
seolah2 ada pisau yang merobek2 hatiku
ntahlah kenapa aku masih mahu mengikuti perkembangan hidup dia
mungkin aku sendiri yang menempah derita
cuma satu kepastian dalam diri aku
aku tak mampu melupakan dia
walaupun dia banyak melukakan hati aku
tapi aku tetap dan akan terus mencintai dia

awak,terlalu sukar untuk saya lupakan awak. makin saya cuba makin dekat bayangan awak merapati saya. mungkin saya terlalu kelihatan begitu jijik berdamping dengan awak. saya tak malu. jujur dan ikhlas dari hati saya, saya amat mencintai awak. saya akan tunggu awak selama mungkin. awak tetap kekal di hati saya

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, June 22, 2012

at last i'm can't stop smiling :)


siapa sangka dalam aku berduka cita Allah masih utuskan seorang insan yang membantu perjalanan hidup aku
MR. CHIPSMORE
gelaran buat si dia
seorang insan yang baik, prihatin & paling penting x pernah penat buat aku tersenyum
seminggu kehidupan aku bersama dia begitu myeronokkan
pantang aku termenung ada je idea untuk menyakat
aku beruntung mengenali insan ni
kalau sehari x dgr celoteh dia mmg x senang duduk lah
tanpa dia aku hilang arah tujuan
tanpa dia aku tak tau apa yang harus aku lakukan
tanpa dia aku tak pasti sama ada aku cukup kuat menghadapi rintangan hidup ni
terima kasih mr chispmore
inspirasi awak banyak membantu perjalanan hidup saya
sekarang saya rasa lebih matang untuk hadapi semuanya
mungkin saya masih perlukan masa
selagi awak masih setia di sisi saya memberi semangat
saya yakin saya mampu hadapi semuanya
awak buat saya tersenyum
dah kenangan yang awak tinggalkan hari ni x kan sy lupakan
thankz for make me smiling again:face64:

tak aku sangka dalam kekecewaan rupanya masih ramai yang menyayangi aku. begitu bertuahnya diri aku

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, June 17, 2012

feeling so sad ;'((((((((((((


kenapa awak buat semua ni?
kenapa awak kotakan janji awak setelah kita putus?
kenapa awak kembali dalam hidup saya ketika saya bahagia?
kenapa awak kembali mengerja saya setelah awak melukakan saya?
kenapa awak??? KENAPA???
tak puas lagi awak sakitkan hati saya??
tak puas awak mempermainkan perasaan saya??
permainan apa lagi ni?????

dah lama aku tak menitiskan air mata
tapi hari ni air mata yang aku pertahankan tak mampu aku bendung
hati aku terlalu kecewa
kenapa aku tidak tahu menahu pasal majlis harini?
aku ni boneka ke?
yang perlu menurut arahan semua orang?
yang boleh di paksa buat itu & ini?
sungguh aku tak sangka semua insan yang aku sayang sanggup tipu aku
hati aku terlalu kecewa
tak sangka sebegitu besar rancangan mereka
lebih perit lagi apabila BFF tersayang turut serta dalam rancangan itu
sungguh aku tak sangka
apa maksud semua ni???

dunia aku terasa gelap
aku kehilangan semuanya
terutama orang yang sangat aku sayangi
saat ini aku ingin bersendirian
jauh dari semua kenangan aku di Kuala Lumpur
aku perlukan masa untuk tenangkan fikiran aku
memikirkan tindakan aku untuk seterusnya
apakah keputusan yang harus aku buat nanti
semuanya bakal mempengaruhi masa depan aku
ya allah kuatkan diri hambamu ni
berikan petunjuk sewajarnya buat aku

buat semua family, bff tersayang (daus), family kamaliens (kak syaz, ieka, shikin), qila & and most important Arif Fareez maafkan fara
bagi ruang buat fara untuk berfikir dengan lebih jauh
semua yang berlaku harini begitu mendadak
aku tak sanggup menghadapinya
berilah ruang untuk fara berfikir apa keputusan fara

awak,
saya tahu awak akan setia menunggun saya. saya mohon awak tolong jangan cari saya buat seketika. berilah saya untuk berfikir. andaikata jodoh telah di takdirkan untuk kita saya pasrah untuk terima awak. saya amat berharap awak memahami. luka yang awak tinggalkan untuk saya terlalu pedih untuk di rawat. maafkan saya.

senyuman di bibir tapi hati bederai. lautan manusia membuatkan aku tenang berfikir. dah tiba masanya aku memberi ketenangan buat aku. aku perlu pergi jauh dari Malaysia. tempat penuhnya kenangan yang tak bisa aku lupakan.

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, June 11, 2012

Santai & Movie with Abg Kamal Adli


lepaking session at delicious

assalamualaikum semua
dah lama rasanya tak meng'update' blog ni
maklumlah xde cerita utk di update
oklah cont with title
semalam 10 Jun 2012 bertempat di Mid Valley Megamall
kami (aku, kak syaz, shikin & ieka) bersama pemenang #kuizgerimismengundang
berpeluang menghabiskan masa petang kami bersama abg Kamal Adli
tempatnya??? *sila refer to menu :P*
sepetang bersama abg kamal mmg mnghiburkan
pelbagai cter dari jakarta di kongsi bersama peminat
enjoy mmg tak terkata
siap bergelak santai

di paksa makan ubat oleh kami

eventhough abg kamal tak sihat but he still coming
layanan yang diberikan sangatlah baik
seolah2 tiada kesakitan yang di alami
senyuman langsung tak lekang dari bibir
time lepak santai ni kak syaz dgn baik hati siap belikan ubat for our captain
kesian betul abg kamal
nampak sangat tak sihat & keletihan

winners with abg kamal. kami cuma menyibuk ;)

lepas lepak2 with abg kamal & winners then kami terus bergerak ke GSC
untuk apa???
mestilah #TwtupGerimisMengundang
atau dalam istilah kata lain sesi menonton wayang bersama abg Kamal Adli
sambutan yang di berikan amat memberangsangkan
tak sangka begitu ramai #kamaliens yang hadir pada hari itu
di kesempatan ni fara ingin ucapkan jutaan terima kasih to team erama especially lisa
yg banyak memberikan bantuan kepada kami
semoga kita dapat saling berkerjasama again di lain sama
event habis jam 7.30 malam
and yang pasti semua yang hadir mendapat memori terindah
jumpa lagi nanti!!!!!

4 of us!! always together

our captain pun tgk movie sama2 tau

thankz to semua kamaliens yg hadir

inilah org kuat erama.tv - khalisa

apasal muka abg comel sgt!!!

the end of #twtupGM

abg kamal, please get well soon. kitaorang nak tengok abg sihat tau. kamaliens semua doakan abg. jgn lupa makan ubat. yg paling penting rehat secukupnya. jgn bertweets tengah malam. kami sayang abg

SMILE! Thankz for reading =)