Sunday, October 30, 2011

so sad :""""""""(

entri aku sebelum ni pernah kata aku mencintai seseorang
siapa dia biarlah rahsia
lately ni aku suka sangat stalker profile dia
semua komen2 member2 dia aku baca
tak sangka even sesibuk mana pun dia tetap melayan
aku paling suka stalker profile twitter dia
even aku tak tahu butir kata dia tapi aku rasa senang
cuma aku kesal sebab dia banyak melayan orang lain kalau nak di bandingkan dengan aku
maybe dia bosan kot sebab aku terlalu kerap msg kat dia
sometimes aku cemburu dengan kawan2 dia
even diaorang lelaki tetapi dia layan baik sekali
jauh lebih baik dari dia layan aku
hurmmmm mungkin dia lom realise lagi kot
tak pelah aku still boleh sabar
aku dah decide untuk menyepi seketika
susah rasanya mencintai orang yang bukan milik kita
aku rindukan senyumannya
pengubat rinduku setiap malam
miss u so much darl
im hoping one day u will accept me in your life :face59:

hidup bukan semudah yang di sangka. sikap cemburu seorang wanita tetap ada. mungkin aku terlalu mendesak bagi dia. :face41:

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, October 24, 2011

fall in love :(

cinta yang sejati pastinya sukar di cari
tak salah kalau kita mencintai seseorang itu kan
dan lumrah kehidupan kita sebagai perempuan di dalam dunia ini untuk di cintai
samalah seperti aku
aku inginkan dambaan kasih sayang insan yang sudi menemani liku-liku kehidupan aku
dua tahun yang lepas aku mengenali lelaki ini
dia CARING
dia KACAK
dia SWEET
dia SMART
dan yang paling penting dia BERTANGGUNGJAWAB
bagi aku dia menepati semua ciri-ciri idaman aku
cuma sayangkan dia tak tahu yang aku mula sayangkan dia
nak buat macam mana terpaksalah bermain dengan perasaan
kadang kala hati aku sakit melihat kemesraan dia dengan orang lain
kenapalah perasaan dia tak boleh sebegitu dengan aku
apa kekurangan aku di mata dia?
adakah sebab jurang umur?
hurmmmm
bila aku rindu dia aku tatap wajahnya
senyumannya menjadi penawar buat aku
hati aku senang
kalau boleh aku nak sering berada di samping dia
tapi.............
masa belum mengizinkan
aku sendiri tak tahu status dia
sama ada dia single ataupun dan berpunya
pernah sekali aku serkap jarang tapi aku sendiri yang malu
rupa-rupanya orang yang dia gelar 'teman istimewa' tu hanyalah kawan baik dia
lelaki pula tu..adui malunya lah
aku mengharapkan dia sedar kan kewujudan aku
semoga hati dia boleh menerima diri ku ini
aku sangat mencintai mu ****
love you forever

Ya Allah bukalah pintu hatinya untuk menerima hatiku. Semoga kami kekal bahagia bersama-sama:face60:

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, October 16, 2011

huh :/

"angin bayu membawa diriku
sepintas lalu ku terkenang kan mu
memori silap meresap malam
kenangan bersama tersimpan selamanya"
pagi-pagi lagi mood jiwang dah melandang
aii maklumlah angin sepoi-sepoi bahasa kan ....hahhahaha
untuk menjalinkan satu persahabatan memerlukan masa bertahun-tahun
tapi hanya sesaat untuk memutuskan nya
itulah lumrah hidup manusia
sekarang ni aku terasa yang aku di pergunakan
bila susah cari aku but bila senang semuanya buat tak tau
itulah namanya sahabat kan???
aku bukannya nak memutuskan siratulrahim sesama insan manusia
tapi aku rasa aku berhak
buat apa aku nak rasai kesedihan sedangkan orang lain bergembira
aku rasakan aku patut padamkan semua memori lalu
biarlah aku tiada kawan-kawan dahulu tapi hargai kawan yang ada di depan aku sekarang
perubahan masa memaksa kita untuk berubah
aku tak bongkak dan bangga dengan apa yang aku ada sekarang
aku sedar semuanya sementara
tapi mereka????? entahlah biarlah mereka fikir sendiri
yang pasti aku akan MENGHILANGkan diri
destinasiku.... biarlah rahsia


SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, October 9, 2011

9.10.11


9.10.11
begitu indah tarikh ni
bagaimana pula dengan aku?
macam biasalah kesedihan tetap menghantui aku
cuma aku beruntung di saat aku kesedihan ini
masih ada insan yang setia mendampingi aku
straight to the point
hari ni aku tergerak hati nak menegur insan yang dah lama aku tak tegur
hanya sapaan "SELAMAT PAGI"
namun sapaan itu hanya tinggal tulisan kerna langsung tak di sapa
aku agak terasa
begitu lama aku menunggu peluang.. masa yang sesuai
tapi nampaknya macam aku tak di perlukan dalam kehidupan dia
aku redha.. aku cekalkan hati
"Allah tak akan menduga hambanya melebihi batas kemampuan mereka"
kata-kata ini sentiasa aku pegang
kerna di setiap kemahuan kita inginkan pastinya ada jalan
insyaallah aku akan cuba baiki perhubungan ni
tak baik memutuskan siratulrahim sesama insan
sama ada dia inginkan atau tidak bukan terletak di tangan aku
janji aku berusaha
di saat-saat aku rebah aku amat inginkan seseorang di sisi ku
syukurkan dia sentiasa menemani aku tak kira waktu
aku juga faham apa yang di rasa
aku tahu hatinya berbelah bagi
tapi aku juga tahu dia tak mungkin lupakan aku
terima kasih abg sebab sentiasa berada di sisi ini

berat sama di pikul ringan sama di jinjing. kedukaan bukan bermakna penamat segalanya. aku harus bangkit mencari kebahagiaan hidup ini kerna aku tahu masih ada insan yang MENGAMBIL BERAT dan SAYANG kan aku

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, October 7, 2011



banyak benda yang ingin aku luahkan
tapi bukan semua yang dapat di sampaikan melalui penulisan
saat ni dalam hati ku bermacam-macam perasaan melanda
kuat betul dugaan untuk aku saat ini
pasang surut kehidupan amat susah dilalui
aku mencubanya sebaik mungkin
mungkin aku pendiam
sifat inilah yang buat hati ku sering kali di uji
hati aku lembut.. aku senang memaafkan orang
saat ketika aku dalam kemarahan sekalipun aku tak tunjuk di hadapan orang lain
aku lebih suka bersendirian
tapi pernahkan ada seorang insan yang ingin bertanya apa sebenarnya di hati aku
mungkin tiada
aku merindui zaman persekolahan ku
kenangan lalu yang sentiasa tersemat di ingatan ku
sekarang ni aku keseorangan
kesepian melalui liku-liku kehidupan
siapalah aku untuk di fahami
mungkin aku dah banyak sangat mengalah
tanpa aku sedari hati aku sendiri yang terluka
aku gelak.. aku ketawa.. itu hanya luaran mata kasar
tapi dalaman beribu air mata yang aku titiskan
sebak hati ini memikirkan
aku masih mencari sinar cahaya dalam hidup aku
kegembiraan
mungkin aku belum temui
adakah insan lain yang dapat mengembirakan hati aku?
aku tak nak bermain tarik tali
penantian itu satu penyeksaan
mungkin orang lain tak mengerti maksud aku tapi bagi aku
aku adalah aku!

actually nak update post yang lain tapi jari ni laju menekan papan kekunci mengupdate post lain. insyaallah kalau tak ada halangan esok aku update post teristimewa. maafkan diri aku kerna belum cukup sempurna di muka bumi ini

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, September 30, 2011

29.9.2011 :'(

speechless
hanya itu ungkapan yang boleh aku ungkapan
29.9.2011 menyimpan seribu satu memori dalam hidup aku
aku sedar sekarang siapa itu lawan siapa itu kawan
nasib jugalah allah segera membuka mataku dan menyedari bahawa aku sedang dipergunakan
aku tak nafikan aku ni baik
mungkin terlalu baik sehingga apa sahaja permintaan orang lain aku sanggup tunaikan
dalam masa yang sama ada tak sedar diri aku sedang di pergunaan untuk kepentingan insan tertentu
semalam aku reliase semuanya
memang betul kata orang bila berkawan dengan insan yang namanya kian meningkat kita lupa kan seorang yang pernah setia menjadi sahabat kita
kegembiraan membuatkan kita tidak sedar yang kita sebenarnya menyiat-yiat hati pihak lain
aku malas nak komen banyak...aku pun turut juga berkawan dengan artis
tapi aku tak lupa sahabat atau family angkat yang ada di sisi aku sebelum mereka hadir
kerna apapun yang jadi mereka tetap yang utama
aku paling benci orang yang mungkir janji
aku paling tak suka orang yang talam dua muka
tak payah lah yang baik dengan aku demi kepentingan sendiri
aku bukannya 'teksi' ataupun 'rumah tumpangan' yang kau boleh call sesuka hati bila kau nak
sekarang bila aku dah sedar kau faham-faham lah sendiri

semalam merupakan ulangtahun abg yang amat-amat aku sayangi
lama aku berdiam diri hanyaaku sendiri yang tahu sebab-sebabnya
aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak menangis
tapi aku tak mampu
dia lah insan yang berjaya mendidik aku menjadi seorang adik yang menjadi kebanggaan masyarakat
aku cuma terkilan dengan dia sedikit.. tak sangka dia lupa akan aku..hurm
mungkin ingatan dan memori dia dah luput terhadap aku bila ada insan lain
aku mengerti.. aku tak nak putuskan sebuah persahabatan yang terjalin
mungkin sekarang belum masanya.. masa masih panjang dan aku harapkan satu saat ia akan muncul jua

entri aku kali ni mungkin menimbulkan sakit hati sesetengah pihak. siapa makan cili dialah terasa pedasnya. maaf sebab aku dah remove semua maklumat tentang kau sebab hati aku benar-benar sakit. aku just minta tolong sikit. itu pun kau tak boleh nak tunaikan. maaflah hati aku belum terbuka lagi

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, September 26, 2011

Suka duka bergelar 22 tahun :')



assalamualaikum semua
25 September 2011
genaplah usia ku 22 tahun
semakin dewasa semakin banyak ranjau kehidupan yang terpaksa aku lalui
aku sepatutnya bersyukur kerna aku masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini
jauh aku mengelamun mengenangkan hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia menjadi hari yang paling sedih dalam hidup aku
aku cekal kan hati aku kuatkan diri ku ni
aku pasrah dengan semua dugaan

hari jadi aku tahun ni di sambut agak hambar
semua ahli keluarga aku lupa akan birthday aku
kuzin-kuzin aku, mak cik-mak cik aku even kawan baik aku pun lupa akan hari bersejarah aku
aku pasrah.. yalah sape lah aku di hati mereka
nama aku pun tak akan ada di mulut-mulut mereka
aku hanya di perlukan bila mereka memerlukan aku

aku sempat memberitahu abang
tahun ni aku tak nak sebarang kejutan untuk hari jadi aku
tapi lain aku harapkan lain yang menjadi
thank you so much abg sebab membahagiakan hari fara
walaupun tanpa keluarga aku sangat-sangat bersyukur kerna semua insan yng tiada pertalian darah dengan aku yang telah ku anggap keluarga masih ingat hari bersejarah aku

even aku sedih tapi semalam merupakan hari bahagia aku
aku mengaku aku menangis
tangisan air mata yang penuh dengan kedukaan dan kegembiraan
tak sangka saat aku berduka ada insan lain yang mengembirakan hati aku
yang paling buat aku bahagia adalah kejutan dari Abg Adam Shah and Kak Ila Damia
thank you so much
tak lupa juga buat abg kamal, abg iq, abg kpeng, abg ijam, abg fizo, abg bamie, abg erry, abg adi and too all yang wish "Happy Birthday"
tak terhingga untuk aku ucapkan
love all of u


*saja je aku post gambar ni sebab ada yang tak puas hati dengan aku*

credit untuk mereka
First- Abg Firdaus
Middle - Adk Eyija
Last - Abg Shahz & Lyana

aku berazam untuk lupakan masa lalu. aku ingin kuat menempuh hari-hari yang mendatang. aku hanya ingin bahagia bersama orang yang amat aku sayang. fahamilah diri aku ini. aku bukan sekuat insan lain di muka bumi. aku sangat-sangat kedil

SMILE! Thankz for reading =)