Friday, March 20, 2015

Cerita sebuah kehidupan


alahaiiii
makin lama makin berhabuk blogggggggggg!
bkn xde cerita nak update tetapi kekangan waktu mmbuatkan segala2nya terbatas

dah hampir 3 bulan kita tempuhi 2015
for surelah banyak azam yg masih belum tercapai
*process kuruskan badan masih jd top priority*

3 BULAN
YES!
baru 1/4 tempoh masa 2015
tp dah macam2 perkara terjadi

hubungan sebuah kekeluargaan hampir ranap... munsah
punca aku ke???
mungkin juga...
prinsip aku tetap sama
"HURT PEOPLE RATHER THAN HURT YOURSELF"
ya mungkin aku ego mungkin aku berdendam
tapi hakikatnya aku paling tak layan orang yang TALAM DUA MUKA

bukan semua benda kita boleh dapat dgn mudah
bkn segalanya kita petik jari akn terbentang luas di hadapan
tanpa usaha berbaloi kah segalanya menjadi milik kita?

TAKBUR
one of attitude that I really don't like
buat segalanya dengan ikhlas
bukan mengharapkan PERHATIAN dr orang lain
sorry naik lorry 
I'm not really interested of "GEDIK" person

whatever I have today it's not belongs to me
pinjam Allah supaya umatnya beringat dengan apa yang ada
aku sedar dgn apa yg aku lakukan kini banyak menyakitkan hati insan lain
aku mohon maaf sgt2
suatu ketika dahulu aku pernah jatuh
dan aku bangun kembali
insan BERHATI BATU
yeahhhh I admit of that

kadang kala manusia lakukan kesilapan
ada yang mohon maaf seikhlasnya
ada yang buat sambil lewa
ada juga yang mohon maaf luaran tp dalaman?

MAAF
mudah untuk di ungkapkan
mudah di lupakan memang TAK lah
kecualilah ada button delete yg mampu hilangkan segalanya
jatuh bangunnya kta pada hari ni adalah usaha kita
tak kisahlah apa orang nak kata
yang penting diri kita sendiri yang lebih mengetahui

nilai PERSAHABATAN lbh tinggi nilainya berbanding KEKELUARGAAN
sahabat boleh menjadi keluarga
tapi keluarga tak mampu untuk menjadi seorang sahabat.....

'life have to go on. no matter how hard it is never let's other hold until you really confirm that the person will hold you forever'

kesabaran seorang insan akan tahapnya. sampai suatu masa segalanya akan meletup bak gunung berapi. impian aku hanya satu. terbangan bebas di udara. semoga segala perancangan di berkati yang maha esa. terima kasih Ya Allah atas segala nikmatnya



SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, January 14, 2015

Azam 2014!! Kuruskan BADAN!!!!


setiap tahun azam yang sama
tapi tercapai ke????
macam2 halangan terpaksa di tempuhi :P

tahun ni dah berazam since 1st Jan lg nak kurus 
but end up until now...........
memang tinggal harapan lah kan... hiihhhi

tahun ni WAJIB juga maintain berat 45kg
sob..sob..sob..
i have to say NO to all the sweeties food, gorgeous cake & melting chocolate
sabar je...
insyallah will give new look of me soon 
#azam2015

dugaan makanan pastinya halangan palinh kuat. ya Allah kuatkan semangat untuk ku tempuhi. KURUS!KURUS!KURUS! 

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, January 3, 2015

Welcome New Year :) :) :)


salam tahun baru 2015
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannya
salam maulidur rasul juga buat seluruh umat islam di muka bumi ini

dah 3 hari baru ada kesempatan nak menulis
maklumlah sibuk dengan urusan harian yg x pernah selesai
hahhahahaaha

bila dah muncul tahun baru
pastinya banyak memori di tahun lalu
nak cerita tentang aku rasanya tak perlulah
cukuplah hnya aku & keluarga yg mengetahui
whatever it is 2014 was fantastic year!!!!

travel tolak tepi
coz itu mmg impian since i was a kids
bila dah makin dewasa kita makin matang berfikir...
for surelah...
for me, family comes first
i'm choose to loose my friends rather than family...
sorry FIENDS..

bg yg masih x reti bahasa
please 'DON'T DISTURB MY LIFE'
tlg biarkan aku hidup dgn apa yg aku ada
i'm just hoping that this year going to be much better year

biarpun impian yg ada terlalu jauh untuk di kapai
namun aku akan berusaha untuk menjadikan satu realiti...

i'm miss my brother abg Kamal Adi forever.. even though we're far away i'm always there behind you. menyokong tak perlu sentiasa berada di sisi..


SMILE! Thankz for reading =)

Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung - Selamat Pulang MH17


17 July 2014
satu detik hitam melakar sejarah
perkhabaran pesawat MH17 di tembak jatuh meruntuh jiwa seluruh warga dunia

22 August 2014
setelah 37 hari....
akhirnya jenazah mangsa2 nahas kembali ke tanah air

seorang anak yang masih belum mengerti kehilangan ayahnya
seorang anak kehilangan ibunya
seorang ibu/bapa kehilangan anaknya
seorang nenek kehilangan cucu tersayang

dan kita sebagai rakyat malaysia
pastinya turut sama berduka cita

seharian membaca, melihat, menonton
tiada kata yang mampu di ucapkan
hanya yang air mata berlinang

walaupun tiada ahli keluarga yg terlibat
namun sebagai hati seorang insan
kesedihan tetap di rasai

pilu rasanya hati ini apabila melihat
seorang anak yang masih belum mengerti apa2
di dukung rakan sekerja ayahanda tercinta untuk sama2 menunaikan solat jenazah

perit rasanya hati ini apabila
seorang anak kecil memeluk keranda ibunda tercinta

runtun jiwa ini apabila melihat
seorang anak merayu supaya dia dapat mencium wajah terakhir ibunda tersayang

sebak rasanya apabila
insan yang telah bertahun tidak berjumpa
akhirnya menerima jenazah di muka pintu

pemergian kalian bermula dengan keperitan
tetapi pengakhiran penjalanan kalian di akhiri dengan perghormatan

sekalipun perasaan sedih menyelubungi hati
namun kita harus akur dengan ketentuan Yang Maha Esa
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

buat semua mangsa tragedi  MH17
kalian adalah wira kami
al-fatihah




buat keluarga mangsa MH17, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah. semoga keadilan dapat di tuntut. doakan semoga keajaiban berlaku buat MH370. 

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, May 1, 2014

CHANGES


CHANGES = PERUBAHAN
manusia...
tak pernah lari dari perubahan
sama ada ke arah kebaikan mahupun sebaliknya
sama juga AKU!
2014 - usiaku meningkat setahun lagi
aku masih hanyut mengerja dunia hingga mengabaikan urusan akhirat
azam tahun baru sentiasa berkorbar2 tapi azam tinggal azam
bila sebut pasal perubahan nampak
niat je kan tapi bila nak lakukan.... yaallah hanya tuhan yang maha mengetahui
jujur aku katakan aku masih dalam proses berubah...
don't think negative k.. i'm try to be a muslimah is a good words
mungkin ada yg menghemburkan kata2 keperlian...
ada aku kesah???
janji aku ingin diriku..
diriku aku yang baru..
yg bukan hanya berjuang demi dunia tp juga akhirat
dah 25 tahun aku membuang masa
sekaranglah masa terbaik untuk berubah
mungkin bukan perubahan drastik tp cukup buat aku
moga aje perubahan aku ini bisa mendapat dukungan dr keluarga tercinta
wish me luck ^^.. doakan yang terbaik buat aku 

Perubahan itu tidah seharusnya di mulai esok tetapi di mulakan dengan saat ini #AFQuotes

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, December 31, 2013

the end of 2013 :) ;) :'-)


hohohoh
akhirnya di beri kesempatan juga menulis di penghabisan 2013
maaf ya buat yang menunggu entries

flash back to 2013
begitu banyak moment suka & duka yg x dpt di lupakan
apa yang berlaku semuanya menjadi pengajaran yg mematangkan kehidupan kita

kalau di tahun lepas begitu banyak kedukaan yang terpaksa di lalui
tahun ini juga tidak terkecuali
pemergian insan2 tersayang
siapa tak sedih kan
tapi ketabahan itu harus untuk meneruskan kehidupan

2013,
perkenalan sebuah keluarga baru
jika sebelum ini aku mempunyai teman2 di Malaysia
tapi kali ini hubungan kekeluargaan smpai ke seluruh negara
terima kasih buat FAMILY SONIQ
kalian ubat menjadi mengubat rindu aku

perkenalan bersama keluarga baru banyak menberi pembelajaran baru buat aku
ia juga tak bermaksud aku melupakan FAMILY KAMALIENS aku
cuma..... entahlah x tau nak explain mcm mana

2013,
buat pertama kalinya aku berdiri di hadapan ribuan orang
terima kasih ya udah kasi kesempatan buat aku
mungkin ada bakat yang terpendam

kalau di lihat dari prespektif kekeluarga
tahun ni azam ku tercapai
banyak masaku terluang buat sang keluarga tercinta
insyaallah semoga azam ini akan kekal di masa hadapan

azam yang lain?
hurm nampaknya banyak yang tak menjadi kenyataan
belum sampai masanya kan?
hahhahahaaha

oklah dari mengarut terlebih lebuh baik end cerita 2013
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA
semoga 2014 menjadi satu tahun yang lebih baik buat semua

ayat tunggang langgang sebab mengantuk. lately mood untuk menulis kelaut. maaf ya bahasa dah bercampur aduk. moga ketemu lagi di tahun hadapan

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, December 10, 2013

L.I.F.E


aku ketawa riang
aku tersenyum manja
aku bergembira
tapi ada tak yang melihat aku berduka?

benar kata orang pandangan mata itu tidak semestinya betul
kerna aku sendiri masih tak mampu mengerti apa yang aku lalui

2012 tahun yang begitu pahit buat aku
terlalu banyak kenangan pahit yang terpaksa aku lalui
kini di pengakhiran tahun 2013 keadaan itu kembali melanda

kehilangan orang yang kita sayang memang terlalu perit
walaupun perkenalan itu hanya sementara tapi kenangan yang di berikan sentiasa terpahat di hati
23 November 2013 pergilah insan yang bergelar mama & papa (mentua) buat aku
pemergian yang tiba2, langsung tidak terjangka
aku terpaksa menguatkan diri ku demi insan yang aku cintai

9 December 2013 pergilah insan yang teramat ku sayangi
walaupun semasa hayatnya terlalu banyak yang aku pinggirkan
tapi kehilangannya membuatkan aku benar2 sebak
sedaya upaya aku menahan air mata dari mengalir
saat ku lihat sekujur badan berselimut putih kaku di hadapan aku
aku ingin meronta, ingin memeluk
tapi apa yg dayaku....

kehilangan demi kehilangan yang terpaksa aku lalui
aku harus kuat
walaupun jauh di perantauan
walaupun tanpa siapa yang mengenali aku
aku redha


mati itu pasti. kita harus sentiasa tabah menghadapi. walau apa pun yang berlaku kehidupan terpaksa di teruskan juga

SMILE! Thankz for reading =)