Friday, June 10, 2016

The Journey Begin :')



Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Ceburilah bidang perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan per sepuluh sumber rezeki"
(Al-Tarmizi)

Alhamdulillah berkat dan sokongan dari keluarga
insyaallah 16 June 2016 bakal mencipta perjalanan baru buat aku
"Welcome to modern world of Shopping"
*ayat tak boleh belah*

16 June 2016
AdenFausta.com secara rasminya akan dirasmikan
objektif pernubuhan AdenFausta.com adalah untuk membantu golongan IKS 
memasarkan produk mereka tanpa perlu mengeluarkan modal.
fokus kami lebih kepada 'online marketing'

ramai peniaga khususnya bumiputra yang berniaga
tapi ramai yang tidak tahu macam mana untuk memasarkan produk
lebih-lebih lagi peniaga baru yang baru ingin bertateh

secara ringkasnya AdenFausta.com tidak akan mengambil keuntungan walaupun 1 sen
tugas kami menyediakan platform, cari customer & paling penting membantu anda menjana pendapatan
story banyak-banyak pun tak guna kalau sekadar membaca je tapi menyertai kan?

so bagi yang berminat
sertai kami:

Whatsapp AdenFausta: +6012 - 3465223

bagi yang meniaga online juga boleh ke group kami:



bila nak start sesuatu selalu sokongan keluarga & rakan-rakan paling penting. saat ini kita kenal mana keluarga & sahabat yang sentiasa berada di samping kita. susah senang bersama. focus now to my new journey. insyaallah dengan niat membantu semoga Allah mempermudahkan segala urusan

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, June 9, 2016

Ramadan Al Mubarak



Alhamudulillah
syukur ke hadrat illahi kerna masih bernafas untuk ramadan tahun ni
pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-4 berpuasa
begitu cepat masa berlalu

imbas kembali sewaktu kecil
bulan puasa adalah bulan paling best!
sebabnya kalau puasa penuh mesti dapat duit raya kn? :D
zaman kanak-kanak
penuh dengan keceriaan
tak perlu nak pikir apa
yang tahu time raya je nak baju baru.. nak duit raya

dulu kalau bulan puasa je mesti balik kampung
sebabnya seronok nak makan masakan wan
yang best part tolong wan buat kuih raya 
walaupun akhirnya main lebih banyak dari menolong

makin meningkat dewasa dah jarang balik kampung
balik pun bila ada cuti or dah nak dekat raya
rindu buat moreh kat kampung
rindu arwah tok wan yang selalu buka puasa kat surau
pastu bawa balik makanan buat cucu-cucu dia
rindu arwah pak su yang tak putus-putus isi masa kami dengan segala macam permainan sementara menunggu waktu berbuka
rindu arwah nek yang sentiasa mengetuk lantai nak pastikan yang cicit-cicit dia sentiasa ada :'( :'(

now life have to go on
makin besar makin banyak commitment..
and yes makin besar makin sedar apa itu ramadan
bulan mulia yang perlu di kejar
bulan di mana terdapat banyak peluang untuk merebut pahala

walaupun kadangkala terpaksa jauh dari keluarga
itu adalah pengorbanan
pengorbahan yang mendewasakan kita

insyaallah tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya
Allah maha mengetahui
pastinya ada rezeki yang di tetapkan buat hambanya
yang penting sentiasa mengingatinya dan sentiasa bertaqwa kepada

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1437H
semoga ramadan tahun ini mendatangkan 1000 kebaikan


Alhamdulillah.. di bulan mulia ini ada rezeki nak membantu sesama islam. rezeki yang Allah turunkan untuk di kongsi bersama. Insyallah. Bagi semua peniaga bumiputra atau non bumiputra ayuh ke https://www.facebook.com/adenfausta/ dan https://www.facebook.com/groups/1741778849414447/ ... Insyaallah kami akan membantu perniagaan anda.

SMILE! Thankz for reading =)