Friday, July 29, 2011

birthday wish


tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sampai ke penghujung bulan julai
begitu cepat masa berlalu rasa macam baru ke masuk tahun baru
julai melabuh tirai dan ogos membuka pintu
dan selepas itu SEPTEMBER :face12:
aku sangat sukakan september kerana its my birthday
kawan-kawan blogger aku jangan lupa erk date
25 SEPTEMBER 2011 tahun ni
set dalam minda korang tau
kalau takut lupa gak set dalam handphone korang
confirm ingat punyalah
tahun ni usia aku menjengah 22 tahun
macam biasalah stilll nak gak birthday present!!!!!!



impian aku yang pertama
iphone 5.. arghh adored gler...
dad please buy for me...
i hopping...
ayah tunaikan please..please...
tak hadiah lain dah nak ni je


second wish
ipad 3 please!!!!! confirm mak aku membebel aku baru je beli ipad 2 nak ipad ni
melampau ni..hahhahha
mama well zaman technology berubah kenalah cepat ikut peredaran zaman
please mum... nak sangat-sangat ipad 3 ni

wish-wish yang lain biarlah di rahsiakan
yang penting aku nak 2 benda yang penting sekali ni..
hehhehhe :132:
oklah hopefully bakal menjadi kenyataan yer...

tak tahu celebrate birthday macam mana tahun ni.. i wish i could have him on my birthday.. i really need him so much :face74:

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, July 28, 2011

aku ni baik sgt ke?


bodoh kan aku?? senang sangat di permainkan oleh manusia yang tak ada hati dan perut. oklah gadis A sekarang ni mungkin aku yang terkena tapi satu hari nanti aku akan pastikan kau juga terkena macam mana yang aku rasakan. gadis A dah block aku dari facebook. atas sebab? aku sendiri pun tak tahu. aku sayangkan sangat-sangat gadis A ini kan. tapi nak buat macam mana. takdir Allah dah tentukan persahabatan kami sampai takat tu sahaja. setiap hari aku cuba lupakan dia. setiap hari itu juga perasaan marah aku makin membuak-buak. aku tak tahu kenapa aku rasa dendam yang teramat sangat. aku cuba buang perasaan dendam itu tapi makin lama makin teruk pula perasaan itu. aku bongkarkan kembali semua kisah silam dia. aku menunggu masa sahaja untuk aku bongkarkan rahsia-rahsia masa lalu dia. aku tak tergamak melalukan tapi diri aku ini tetap ingin jua lakukan.

aku juga menyayangi gadis B ni. gadis ni banyak mendengar luahan hati aku. gadis inilah yang banyak tolong aku saat-saat aku dalam kesusahan. dia paling faham apa diri aku ini inginkan. tapi untuk beberapa waktu ini masa banyak mengubah dia. dia semakin leka dengan dunia dia. aku tak berdendam dengan dia seperti gadis A tapi hati aku kecewa. tergamak dia tinggalkan aku di saat aku amat perlukan dia.

adakah sebab kehadiran orang lain dalam hidup mereka membuatkan mereka berubah? bodohnya diri aku sebab aku terlalu letakkan kasih sayang aku buat mereka tapi malanganya semua itu tak berbalas. banyak benda aku korbankan untuk semua ni. mungkin betul kata orang apabila orang ketiga hadir dalam perhubungan semuanya akan menjadi huru hara. buat gadis A aku tetap akan teruskan dengan pembalasan aku. buat gadis B awak masih di hati saya cuma saya tak mengerti dengan kepastian hati ni.

inginkan kedamaian laut dan keindahan bintang-bintang berkelipan di saat ini

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, July 24, 2011

suka suki =)


helo stalker.. im ni good happy :131:
tadaaa kat atas tu design terbaru untuk tshirt KAFC
aku tahu tshirt untuk club tersebut dah di putuskan tapi aku suka-suka nak buat
sorrylah aku ni jenis orang yang kalau tak puas hati aku akan cuba buat lagi
maaf yer neil iskandar bukan tak setuju just kurang berpuas hati
kepuasan itu penting kan..kan..kan
design kali ini aku berikan tema warna warni
bak kata ana lu'lu..warna-warni melambangkan kebahagian dalam hidup
maybe aku bakal menjadi orang yang lain dari yang lain pakai baju ni kot
*just kidding*

oklah nak tahu macam mana aku leh tergerak hati nak buat design ni yang dah sekian lama aku lupakan?
semuanya berpunca dari abg aku dengan pensyarah kesayangan aku = miss naza yang menceroboh laptop aku * depan aku pun boleh kena ceroboh????*
actually aku gunakan laptop ni untuk presentation convo yang akan datang nanti
tak sangka pula abg aku tersalah buka folder so keluarlah file yang hampir tak siap ni
miss naza apa lagi macam biasa lah mengkritik keje aku yang tak habis
mengkritik je tapi tak marah sebab aku ni anak murid kesayangan dia
sorry miss banyak sangat keje nak siapkan..hehehehe
after discussion dengan miss and abg aku yang poyo itulah hasilnya
macam mana pandangan korang??? smart tak??? colourful pun macam bunga

so macam mana agak-agak boleh print tak?
aku memang tak rancang pun nak print tapi sebab ada orang yang baik hati nak print aku setuju jelah
thankz abg irfan and abg zarul *sebenarnya diaorang nak hantar design baju convo tapi menyekit sekali*
payment macam mana yer???? FOC lah... hhahahahah
apapun aku ucapkan terima kasih too pensyarah aku MISS NAZA yang banyak bagi tunjuk ajar nak siapkan design ini
betul kata dia design tak semestinya dari rekabentuk, gambar mahupun logo
kadang-kadang perkataan pun boleh jadi satu design
trimas juga buat abg aku - rez and abg saudara kesayangan aku abg fadzil yang sudi pengkritik sampai kering air liur... adik amat hargainya
*nak belanja tak tak de duit lagi sekarang apa kata abg-abg tolong belanja yer*

so ada sesiapa yang berminat nak join sekaki tak...hahhahaha :10:.. kalau nak boleh join aku dengan ieka sekali

sekali lagi mohon maaf buat NEIL ISKANDAR. tak bermaksud nak memperkecilkan design awak ye. design ni suka-suka je.
abg irfan & abg zarul : thankz abg-abg sayang
abg & abg fadzil : lain kali tutup mulut mengkritik
miss naza : i ♥ U

SMILE! Thankz for reading =)

No more mood )=


angin bayu membawa diriku
sepintas lalu tu terkenangkan mu
memori silam meresap malam
kenangan bersama tersimpan selamanya
aik??? mood jiwang menjelma lah pula
sorrylah guys tak tau nak buat apa so layan jelah mood-mood jiwang
sekarang ni sikap M dalam diri aku semakin menjadi2 pula
pastinya semua tahukan sikap M tu apa *bagi yang tak tau M=M.A.L.A.S*
kalau korang perhatikan lah aku dah makin malas nak update status facebook
twitter memang tak payah nak cakap lah.. lagilah malas kalau balas pun sebab terpaksa
kenapa diri aku ni betukar sikap begitu drastik sangat ye?? jengjengjeng :face18:
sebab utamanya adalah orang cakap aku ni terlalui baik sangat
bila aku baik orang mula lah pijak kepala
dan bila orang mula pijak kepala korang sendiri faham-fahamlah
aku sengaja biarkan diri aku ego.. nak tahu kenapa?
sebab aku tak mahu lagi tengok diri aku di tindas oleh orang lain
memanglah kita kena sabar dalam setiap tindakan
tapi kesabaran pun ada batasnya.. sampai satu masa mula lah nak meletus
perubahan paling utama dalam hidup aku yang paling aku tak suka adalah tido
kerja aku asyik nak tido..tido..tido..pantang ada masa free tido lah keje aku
badan nak kata naik tak turun memang lagi tak lah kot.. tambah lemak jelah
sekarang ni aku tido di luar kawalan waktu
kadang-kadang kul 3-4 pagi barulah nak tido
bangun memang tak payah nak cakaplah ikut suka akulah
aku tak suka diri aku ni!!!! sebabnya aku tak boleh nak displinkan diri aku :face16:
L.A.Z.Y please go away from my life!!! i hate u :face59:

next month dah nak puasa so nak cuba ubah attitude dan cuba sesuatu yang :100:


SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, July 20, 2011

Juvana Satu Fenomena Baru

JUVANA drama terbaik musim ni
pasti ramai yang dah pun menonton Juvana dari episode pertama
hinggalah akhir... episode terakhir je seramai 4.2 juta penonton
hebat betul penangan drama bersiri ini kan?
mengekalkan moto 'Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya'
drama ni berjaya mencuri hati peminat tidak kira yang muda mahupun dewasa

tahniah buat TV3 kerana berjaya menghasilkan drama Juvana dari genre yang berbeza
rantaian drama sekarang banyak berkisahkan soal perebutan harta dan juga percintaan
namun tidak buat Juvana..
kisah kehidupan pesalah-pesalah juvana banyak membuka mata masyarakat di luar sana :17:
kalau dulu ramai yang menanggap pesalah juvana tu adalah penjenayah
namun mereka tidak sedar sebenarnya kehidupan zaman moden ini yang memyebabkan mereka melakukan jenayah
kalau di fikirkan kembali berdasarkan cerita ini pesalah-pesalah juvana ini ke kurangan kasih sayang dan perhatian dari keluarga

sebanyak 13 minggu menonton rantaian drama ni banyak membuat aku berfikir
tidak semua persalah juvana ni bersalah
ada di antara mereka yang menjadi mangsa keadaan
banyak pengajaran yang aku perolehi daripada drama ni..

opss terlupa pula
drama ni juga makin mengeratkan hubungan kekeluargaan aku
mana tak nya manjoriti aku dan abg aku terpaksa membatalkan program-program kami
setiap malam demi menonton drama ni bersama-sama adik-adik yang lain
tidak terkecuali ibu bapa aku turut sekali

apapun aku ucapkan jutaan tahniah buat semua pelakon-pelakon juvana yang telah aku anggap abg
seorang abg yang memberi pengajaran kepada adik-adiknya supaya tidak jadi seperti mereka buat abg Zahiril Adzhim (DAIM), abg Johan Asari(BOTAK), abg Syazwan Zulkifli(Apek) dan abg Adam Shah(Ayam) tahniah kerana berjaya menghayati watak2 anda
semoga terus berjaya selepas ini
adik akan terus mengikuti perkembangan abg-abg semua melalui twitter atau pun fb
tahniah juga buat semua pelakon juvana yang lain..
sucess selalu yer :9:


sedih juvana dah hbs :6:.. hopefully ada sambungan untuk juvana 2 dan filem juvana pula:face38:


SMILE! Thankz for reading =)

Friday, July 8, 2011

so sweet ♥



helo stalker...
dah tengok gambar-gambar kat atas
tengoklah ayat2 dia
ni sebahagian daripada cit chat aku dengan arif
aku memang suka menyemak kat wall dia
aku paling suka bila dia like
sweet kan dia... hehhehe :face51:
:face18:

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, July 3, 2011

OMG!!!!! I'm fat now =(

minggu ni minggu yang sangat-sangat panjang
keje aku asyik makan je lah maklumlah tok su aku ada kat umah 
so panjanglah kaki ni melangkah..ada je tempat nak merayap
24 jam keje aku asyik nak makan je
tak henti-henti makan badan makin naiklah
nak exercise pulak tadak masa maklumlah busy merayap
hahahahhahahha
kalau nak tengok fizikal diri aku memangkah tak ada perubahan
tapi bagi diri aku sendiri aku rasakan diri aku ini makin chubby
or lebih senang GEMUK lah
OMG!!!! seram sejuk aku dengar perkataan gemuk ini
kenangan lama kembali menjelma
oh tidak!!!! aku tak mau kembali gemuk
oklah starting from tomorrow terpaksalah kembali exercise and gym
tak maulah badan kembali naik nanti baju-baju tak muat pulak nak pakai

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, July 1, 2011

Dugaan -.-

orang melihat kita tersenyum
tapi adakah mereka tahu kita berduka?
lately ini begitu banyak dugaan dalam hidup aku
tak perlukan aku ceritakan
biarlah ia menjadi rahsia hidupku
cuma ingin aku katakan aku hanya manusia biasa
dugaan kali ini betul-betul terlalu berat dan sangat sukar untuk aku hadapi
berminggu-minggu aku berfikir mencari jalan keluar
nampaknya tiada jawapan yang temui
otak aku ligat berfikir setiap saat dan ketika
ada kalanya aku berharap hilang ingatan 
mungkin dengan cara ini aku tak perlu fikirkan semua masalah ni
tapi itu semua khayalan kan?
realitinya masih seperti ini
aku tetap aku yang dulu
cuma sikap dan keperibadian aku berubah
mungkin ini yang di takdirkan buat aku
tak apalah aku akan cuba bertahan
semoga aku melalui jalan keluar dari semua masalah aku

p/s: terasa bagusnya jadi budak kecik

SMILE! Thankz for reading =)