Thursday, July 28, 2011

aku ni baik sgt ke?


bodoh kan aku?? senang sangat di permainkan oleh manusia yang tak ada hati dan perut. oklah gadis A sekarang ni mungkin aku yang terkena tapi satu hari nanti aku akan pastikan kau juga terkena macam mana yang aku rasakan. gadis A dah block aku dari facebook. atas sebab? aku sendiri pun tak tahu. aku sayangkan sangat-sangat gadis A ini kan. tapi nak buat macam mana. takdir Allah dah tentukan persahabatan kami sampai takat tu sahaja. setiap hari aku cuba lupakan dia. setiap hari itu juga perasaan marah aku makin membuak-buak. aku tak tahu kenapa aku rasa dendam yang teramat sangat. aku cuba buang perasaan dendam itu tapi makin lama makin teruk pula perasaan itu. aku bongkarkan kembali semua kisah silam dia. aku menunggu masa sahaja untuk aku bongkarkan rahsia-rahsia masa lalu dia. aku tak tergamak melalukan tapi diri aku ini tetap ingin jua lakukan.

aku juga menyayangi gadis B ni. gadis ni banyak mendengar luahan hati aku. gadis inilah yang banyak tolong aku saat-saat aku dalam kesusahan. dia paling faham apa diri aku ini inginkan. tapi untuk beberapa waktu ini masa banyak mengubah dia. dia semakin leka dengan dunia dia. aku tak berdendam dengan dia seperti gadis A tapi hati aku kecewa. tergamak dia tinggalkan aku di saat aku amat perlukan dia.

adakah sebab kehadiran orang lain dalam hidup mereka membuatkan mereka berubah? bodohnya diri aku sebab aku terlalu letakkan kasih sayang aku buat mereka tapi malanganya semua itu tak berbalas. banyak benda aku korbankan untuk semua ni. mungkin betul kata orang apabila orang ketiga hadir dalam perhubungan semuanya akan menjadi huru hara. buat gadis A aku tetap akan teruskan dengan pembalasan aku. buat gadis B awak masih di hati saya cuma saya tak mengerti dengan kepastian hati ni.

inginkan kedamaian laut dan keindahan bintang-bintang berkelipan di saat ini

SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^