Tuesday, May 29, 2012

Gala Evening Gerimis Mengundang

28 Mei 2012
bertempat di TGV Sunway Piramid
telah diadakan Tayangan Perdana Filem Gerimis Mengundang
rasa sangat2 beruntung sebab di beri peluang untuk menjadi yang terawal menonton filem ni
event start kul 4 pm
ramai juga artis yang hadir
hero(Kamal Adli) & heroin(Olivia Lubis Jensen) kita pastinya tidak terkecuali
turut serta ada Cat Farish, Intan Ladyana, pengarah filem Ahmad Idham
filem ini di shoot 90% di Sabah manakala selebihnya di Jakarta
pemandangan yang di hidangkan sangat2 menarik
rasa nak pergi ke tempat itu pula

sepanjang menonton filem ni aku merasa berdebar2 untuk menantikan pengakhirannya
cerita ini amat menarik dan sangat terhibur
rasanya macam menonton sekali x puas rasanya
sebab heronya KAMAL ADLI
maka dengan rasminya team 'Kamaliens' turun padang menyokong
even tak ramai yang datang but still happening
*kitaorg tunggu abg kamal for 2 hour tau coz dia asyik kena gasak dgn reporter*
macam biasalah jumpa abg kamal tak sah if xde moment istimewa
lakonan abg sangat mantap & pastinya karektor abg hidup dlm filem tu
all the best to u abg
hopefully filem ni pecah panggung

filem ini mengisahkan kehidupan Zamani seorang pilot muda yang hidup dalam jiwa kekosongan telah jatuh hati kepada anak duta Indonesia iaitu Mikha. Pelbagai adengan lucu serta mencuit hati tidak lupa kisah romantik mereka. Ketika kedua2nya mengecapi bahagia datang pula Doni sebagai tunang Mikha. apakah yang terjadi seterusnya. Jangan lupa saksikan filem 'Gerimis Mengundang di pawagan 31 Mei ini. Filem pertama tahun ni yang menayangkan serentak di empat buah negara. All the best to all the cast






jangan lupa ke pawagan berdekatan mulai 31 Mei ini. tdk kita sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun Singapura. kita sama2 menyokong industri tempatan. sangat berharap filem ni mendapat sambutan hangat

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, May 25, 2012

Promo Gerimis Mengundang & Preview Night Aku Ada Kau Ada


salam semua..
rasanya pastinya ada bibit2 cemburu tgk gmbr di atas kn?
hahahaha
oklah entries kali ni agak ketinggalan zaman sikit
21 April yang lepas
team #kamaliens turun padang menyokong filem 'Gerimis Mengundang'
alhamdulillah ramai juga yang sanggup bersusah payah datang menyokong kapten kami tersayang Abg Kamal Adli
eventhough abg kamal kita ni terlambat but diaorang semua still sanggup menanti
thankz all
promo GM di Maju Junction Mall ini amat best
macam2 hadiah kitaorang peroleh
hiburan from Brenda & POP pun tak ketinggalan
mantap gler
so uols semua jgn lupa saksikan filem GERIMIS MENGUNDANG di pawagan mulai 31 Mei ini ye


hampir 3 jam kami di Maju Junction Mall
habis sahaja promo
aku & ieka bertolak ke E-Curve
untuk apa?
apa lagi kalau tak lain tak bukan
preview night filem





kat sana aku & ieka jumpa pula dgn kak syaz & shikin
shikin sanggup tu datang from Melaka semata2 nak myokong abg tersayang
preview start jam 8 malam
permulaan macam biasalah sesi autograph & bergambar
overall filem 'Aku Ada Kau Ada' sangat menarik
amat terhibur dan yang pasti
kisah percintaan yang lain dari lain
kalau ada sesiapa yang dah tgk pastinya tak kan lupakan ' Aziz The Great' kn
sape lagi kalau tak lain tak bukan abg kesayangan kami semua Kamal Adli
yang masih belum menonton lagi apa kata cepat2 ke panggung berhampiran
jangan lepaskan peluang keemasan ni
yang rindukan abg kamal menari & menyanyi again
mmg WAJIBlah pergi menonton!!!!!


preview night habis sekitar jam 1 pagi
apapun abg kamal memberikan kami seribu satu kenangan manis
semoga abg terus berjaya dalam kerjaya
and what important is U ALWAYS IN OUR HEART!!!!!

AAKA preview but kami still support GM!!!!!!

Lastly uols semua jangan lupa menonton filem 'Aku Ada Kau Ada' bermula 24 Mei 2012 dan 'Gerimis Mengundang' bermula 31 Mei 2012. Sama2 lah kita menyokong filem industri tempatan. All the best to you abg. And hopefully both of the film pecah panggung!

21 Mei memberikan kenangan manis buat aku. di tengah2 perjalanan hari timbul satu kenangan istimewa. apa dia? hanya aku & ieka yang mengetahui. memori yang akan sentiasa terpahat di hati. aku, ieka, kak syaz & shikin mmg x bisa di pisahkan. maaf kalau ada yang kurang senang dengan kami

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Ibu & Hari Guru


16 MEI
tarikh keramat buat semua warga pendidik
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia
terutama buat guru2 SK Seksyen 16, Shah Alam, SK Puchong & SMK Puchong Utama 1
pensyarah2 UNiSEL & MMU
tidak terkecuali buat bondaku tersayang
tanpamu bonda aku tak kan kecapi kejayaan di hari ni

kalau di fikir balik terasa susahnya menjadi pendidik
terpaksa menghadapi pelbagai ragam kerenah para pelajar
sebagai insan biasa guru pastinya tidak lari dari memendam rasa
tapi pernahkah seorang guru berputus asa mengajar?
jawapannya pastinya TIDAK

mungkin kita tidak merasainya
tapi aku pasti banyak guru2 di luar sana bangga dengan kejayaan anak muridnya
apatah lagi apabila melihat anak muridnya semua berada di puncak
rasanya dah terbayar semua jerit perit mereka
apapun SELAMAT HARI GURU
'Guru Inovatif Melonjak Transfirmasi Pendidikan Negara'

rasanya masih belum terlambat untuk aku turut mengucapkan
'Selamat Hari Ibu'
buat ibuku tersayang
Rozanaliza Binti Mohd Saad
tanpamu ibu tiadalah aku di dunia ini
tanpa belaian kasihmu ibu mungkin aku sudah hanyut
tanpa DIDIKANmu tak mungkin aku akan berjaya hingga ke saat ini

Ibu,
mungkin dulu adik marah dengan peraturan2 yg ibu tetapkan
masa kami adik beradik banyak di habiskan dengan belajar
tapi sekarang adik sedar
semua yang ibu lakukuan hanya untuk kesenangan adik
mungkin mulut adik berat untuk mengucapkan perkataan "SAYANG"
adik mungkin tak tunjukkan kerna adik sendiri tak tahu bagaimana
tapi jauh dalam sudut hati adik
adik amat meyayangi ibu
ibu ibarat cahaya yang sentiasa menyuluh perjalanan adik
terima kasih ibu kerna menjadikan adik orang yang berguna
maafkan adik sebab tak dapat menyambut hari ibu bersama2
insyaallah adik akan tebus balik semuanya

kalau di ikutkan setiap hari adalah hari ibu
yalah ibukan sentiasa berada di sisi kita
jatuh bangun sakit derita ibulah yang sentiasa berada di sisi
kadang2 tu ada juga terasa hati but tak pernah sekali aku pendamkan dalam hati
buat rakan2 di luar yang masih mempunyai ibu
hargailah mereka
kerna nilai mereka tiada ternilainya
forever
I :n: U MOM
thankz for everything

dalam kita bersuka ria rupanya ada derita yang menanti. takziah buat sahabat tersayang Siti Nur Hawa yang kehilangan ibunya. apapun kami sebagai sahabat akan mendoakan arwah mak hawa. Al-fatihah

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, May 11, 2012

aku inginkan kedamaian


berdentum2 kilat di langit
tapi aku still merasa bahang kepanasan
persoalan demi persoalan sering berlegar2 dalam otak

aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang
segala apa yang aku inginkan sering aku kecapi
umur aku masih muda but jiwa muda tak menghalang aku untuk terus berjaya dalam kerjaya aku
tapi dalam masa yang sama aku cuba ingin terus mengejar apa yang aku impikan
mungkin sekarang waktunya belum tepat
kadang kala aku cemburu dgn kuzin2 mahupun adik aku
senang mereke mengecapi apa yang mereka ingin tapi
aku
terpaksa berusaha keras
banyak kali mama aku berkata
'kejayaan yang kita peroleh atas titik peluh kita akan lebih kita hargai jika nak di bandingkan dgn kejayaan hasil bantuan org lain'
sekarang ni baru aku sedar kebenaran kata2 mamaku
mungkin dulu kata2 ini sekadar masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri
tapi hari ni aku sematkan kekal di dalam hatiku

sape kata senang hidup bekerja
kalau di fikirkan balik
semakin tinggi pendapatan kita semakin banyak komitmen yang perlu kita selesaikan
istilah penat memang tak pernah lekang
kepenatan itu juga yang mengajar kita untuk terus menghargai apa yang kita ada sekarang

bagi rakan2 yang dah lama tak berjumpa dengan aku pastinya merasai perubahan diri aku
tak salah untuk berubah
asalkan perubahan itu ikhlas dari hati kita
yang pastinya jangan berubah ke arah negetif pula

berbicara soal hati masih membuatkan aku buntu
aku masih belum dapat membuat keputusan yang sewajarnya
setiap hari hatiku di himpit kegelisahan
aku boleh berjaya dalam bidang lain tapi soal hati aku sgt3 lah FAILED
aku sentiasa berfikiran negetif sebelum positif
macam manalah nak mengubahnya yer....

ramai berkata hidup aku bahagia
senang
tapi mereka tidak sedar disebalik sebuah senyum tersembunyi seribu kedukaan
aku tak nak menyusahkan orang lain
biarlah aku tanggung beban masalahku seorang diri
diri aku hanya aku yang berhak memutuskan yang terbaik
aku just mengharapkan mendapat sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan2

aku perlukan sedikit ruang untuk bernafas. jadualku amat padat. kadang kala aku merasakan yang xde life langsung hidup begini. ramai yang berkata aku beruntung. itu apa yang mereka lihat tapi apa yang mereka tidak nampak hanya aku yang mengetahui

SMILE! Thankz for reading =)