Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Ibu & Hari Guru


16 MEI
tarikh keramat buat semua warga pendidik
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia
terutama buat guru2 SK Seksyen 16, Shah Alam, SK Puchong & SMK Puchong Utama 1
pensyarah2 UNiSEL & MMU
tidak terkecuali buat bondaku tersayang
tanpamu bonda aku tak kan kecapi kejayaan di hari ni

kalau di fikir balik terasa susahnya menjadi pendidik
terpaksa menghadapi pelbagai ragam kerenah para pelajar
sebagai insan biasa guru pastinya tidak lari dari memendam rasa
tapi pernahkah seorang guru berputus asa mengajar?
jawapannya pastinya TIDAK

mungkin kita tidak merasainya
tapi aku pasti banyak guru2 di luar sana bangga dengan kejayaan anak muridnya
apatah lagi apabila melihat anak muridnya semua berada di puncak
rasanya dah terbayar semua jerit perit mereka
apapun SELAMAT HARI GURU
'Guru Inovatif Melonjak Transfirmasi Pendidikan Negara'

rasanya masih belum terlambat untuk aku turut mengucapkan
'Selamat Hari Ibu'
buat ibuku tersayang
Rozanaliza Binti Mohd Saad
tanpamu ibu tiadalah aku di dunia ini
tanpa belaian kasihmu ibu mungkin aku sudah hanyut
tanpa DIDIKANmu tak mungkin aku akan berjaya hingga ke saat ini

Ibu,
mungkin dulu adik marah dengan peraturan2 yg ibu tetapkan
masa kami adik beradik banyak di habiskan dengan belajar
tapi sekarang adik sedar
semua yang ibu lakukuan hanya untuk kesenangan adik
mungkin mulut adik berat untuk mengucapkan perkataan "SAYANG"
adik mungkin tak tunjukkan kerna adik sendiri tak tahu bagaimana
tapi jauh dalam sudut hati adik
adik amat meyayangi ibu
ibu ibarat cahaya yang sentiasa menyuluh perjalanan adik
terima kasih ibu kerna menjadikan adik orang yang berguna
maafkan adik sebab tak dapat menyambut hari ibu bersama2
insyaallah adik akan tebus balik semuanya

kalau di ikutkan setiap hari adalah hari ibu
yalah ibukan sentiasa berada di sisi kita
jatuh bangun sakit derita ibulah yang sentiasa berada di sisi
kadang2 tu ada juga terasa hati but tak pernah sekali aku pendamkan dalam hati
buat rakan2 di luar yang masih mempunyai ibu
hargailah mereka
kerna nilai mereka tiada ternilainya
forever
I :n: U MOM
thankz for everything

dalam kita bersuka ria rupanya ada derita yang menanti. takziah buat sahabat tersayang Siti Nur Hawa yang kehilangan ibunya. apapun kami sebagai sahabat akan mendoakan arwah mak hawa. Al-fatihah

SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^