Saturday, January 28, 2012

:'(((((((((((


apalah yang bermain di kepalaku saat ini
lately ni aku agak sentap sikit dengan kak sofie
aku dapat rasakan hubungan dingin aku ngan dia
aku cemburu dengan member crew yang lain terutama Arif & Izz
banyak yang mereka tahu mengenai group ini berbanding aku
kadang2 aku terfikir apa gunanya aku di dalam group tu
adakah aku hanya pameran meyaksikan kegemilangan orang lain?
hurm...
bercakap mengenai tweets memang makin terasa
setiap hati aku menitiskan air mata membaca semua tweets
kenapa orang lain lebih mengetahui berbanding aku?
kenapa aku menjadi insan terakhir tahu semua aktiviti dalam group tu
sapelah yang tak terasakan?
aku yang mulakan group tu
tapi sekarang aku di anggap tidak wujud
salah aku juga
pemikiran aku tak matang selari dengan usiaku
kadang2 aku sedih
kenapa dalam satu group perlu ada rahsia?
kenapa dalam group perlu ada perbalahan?
kenapa dalam group kena ada yang bermasam muka
hati aku hanya aku yang mengetahui
orang lain tak lalui apa yang aku rasa
orang lain tak kan faham
mereka hanya tahu komen je
diaorang sedar tak kata2 tu semua amat melukakan hati aku
saat ni aku masih mampu tersenyum
sampai bilakan?
aku sendiri tak tahu
kejadian 2 hari lepas masih segar dalam ingatan aku
semua crew kak sofie hubungi except aku
aku hanya mampu tersenyum menyembunyikan seribu kedukaan dalam hati aku
saat itu hanya air mata yang mampu aku curahkan
aku sedih gler
kenapalah aku jadi manusia yang sangat2 tak penting lansung
aku tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terbuku di hati ini
aku tak mampu berkata2
yang terus menghantui aku adalah KESEDIHAN :face59:

aku rasa bersalah. di sebabkan aku orang lain menanggung masalah. aku tahu punca masalah itu datang dari aku.aku ingin berdamai tapi apa kan daya orang itu tak sudi. entah macam mana aku bakal berdepan dengannya nanti

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, January 17, 2012

Happy Birthday to Pak Usu :'((((((((


hari ni 17 Januari
hari jadi insan yang amat aku sayang
alangkah bagusnya kalau dia masih hidup
boleh aku luahkan semua masalah yang ada dalam diri aku
dialah tempat aku mengadu
dialah yang sentiasa memberi aku semangat
dialah yang sentiasa membela aku
dialah yang sering memberikan aku tunjuk ajar
dialah yang sering membahagiakan hari2 aku
alangkah bagusnya kalau detik ini kembali kepada 6 tahun lepas
aku rindukan dia
setiap tahun aku lah insan pertama yg wish & sing happy birthday to him
sometimes aku menangis sendiri kenapa insan yang amat aku sayangi harus pergi meninggalkan aku
setiap kali aku dambaan kebahagiaan kelukaan yang bertempat di hati ku
pak usu,
adk rindukan pak su
alangkah bagusnya kalau pak usu masih hidup
banyak benda adk nk ceritakan kat pak usu
adk sayang pak usu
tahun ni macam tahun2 lepas juga
adk xde hadiah untuk pak usu
adk boleh sedekahkan al- fatihah buat pak usu
semoga pak usu tenang di sana
sentiasa doakan kesejahteraan adk :face29:

aku tak sampai hati nak tunjukkan kesedihan aku depan orang lain. aku cuba gembira tapi dalam hati aku amat terluka. ada yang masih berdendam dengan aku. maafkan aku. aku bukan insan yang sempurna

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, January 8, 2012

akhirnya sebuah persahabatan


assalammualaikum
baru hari ni berkesempatan nak mengupdate blog
maklumlah kebuzian melanda sejak akhir2 ni
4.1.2012
memori yang akan sentiasa terpahat di hati
tak di sangka akhirnya persahabatan yang cuba aku pertahankan berakhir jua
langsung aku tak jangka inilah pengakhiran perhubungan kami
selama ni aku berdiam
tak sangka berdiam rupanya lagi banyak mengundang padah
sahabat yang aku sayang yang aku anggap seperti abg akhirnya membuat keputusan untuk tidak mempunyai sebarang ikatan dengan aku
kenapalah dunia ini kejam?
kenapa saat aku mengecapi kebahagian semuanya di rampas?
ya allah beratnya dugaanMu terhadap diriku ini
aku sangat2 menyayangi dirinya
aku tak sangka langsung tindakan dirinya ni terhadap diriku
seharian aku menangis
aku sembunyikan semua kedukaanku dalam diriku sendiri
aku rasa amat2 tertekan
kepada siapa harus aku luahkan
aku kehilangan seorang sahabat yang amat penting dalam hidup aku
mulanya amat berat untuk aku hadapi
hinggakan aku fikir kenapa aku perlu hidup?
kan bagus kalau aku mati
tak payah melalui kelukaan yang teramat sangat
hatiku saat ini hancur gila
lagi aku cuba kenangan bersama dia
makin kerap kenangan itu muncul
aku sayangkan dirinya
mungkin silap aku juga
aku langsung tak di berikan kesempatan untuk memberi penjelasan
sedih rasanya dia dia putuskan semuanya secara tiba2
tapi nak buat macam mana
saat ini aku amat merindui dia
aku rindukan senyuman dan gelak ketawanya
he always in my mind:face22:

permulaan tahun 2012 sangat mendukacitakan. rasa teramat perit nak teruskan kehidupan. hurmmmmm

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year :)))


salam semua
terlebih dahulu fara nak ucapakan
'Selamat Tahun Baru & Happy New Year 2012'
buat semua sahabat2 serta rakan2 fara
mestinya semua ada azam baru kan?
tahun ni fara tak tanam azam pun
azam tahun lepas pun tak tercapai lagi :face7:

new year kali ni aku sambut ala kadar je
tak de mood pun nak sambut
yalah hati ini masih terluka lagi kan

tahun ni aku mengharapkan satu pembaharuan besar
aku nak ubah penampilan dan kerektor dia aku
aku nak jadi diri aku sendiri
aku tak nak ikut kata orang lain
dunia aku milik aku
tak ada siapa pun yang berhak mengatur hidup aku

aku still ingin mohon maaf dari dia..semoga hati dia cepat terbuka untuk maafkan aku. aku mohon maaf yang teramat sangat. please forgive me :face29:

SMILE! Thankz for reading =)