Saturday, December 31, 2011

2011 memories


assalamualaikum dan salam sejahtera semua
akhirnya 2011 sampai ke hujungnya
hari nilah hari terakhir kita melihat matahari terbit dan terbenam
banyak kenangan yang aku lalui sepanjang 2011
semestinya ada kenangan manis & juga pahit
tahun ni banyak menguji aku
banyak air mata yang aku titiskan
nak buat macam mana kan?
rasanya sia2 je air mata tu

banyak memori terindah tahun ini antara aku dan dia
2 April 2011 - 1st time aku terima panggilan call dari dia
mula2 tu cuak juga coz dia menyamar sebagai agen pencarian pelajar kolej
konon2 lah.. dah lah call guna no lain mmg terkejutlah juga
date tu jugalah 1st time aku text ngan dia
4 April 2011 - 1st day aku jumpa ngan dia..
aku still ingat restoran kami lunch dan tak mungkin aku lupakan
setiap kali aku lalu tempat tu mesti aku teringatkan kat dia
even dia pemalu tapilah itulah diri dia
pensyarah muda yang sangat2 aku kagumi
28 July 2011 - dia add BBM aku
mula2 aku tak kenal sape tu Arjuna
mana taknya letak gambar Patrik kan
aku still ingat msg mengatakan memperkenalkan diri dia
i miss that moment
23 August 2011 - aku terima kad raya dari dia
itulah kad raya pertama & terakhir tahun ni
aku sangat hargainya
27 September 2011 - dia kata aku orang pertama add BBM dia
tak sangka pula
kebetulan je semua tu
22 November 2011 - 1st time dia ajak aku pg event company dia
aku mmg excited sgt2
mulanya bkn sbb dia
tapi bila sampai fikiran aku bertukar pula
and that was the 1st time aku bergambar
sumpah happy.. dah lama aku tunggu saat ni
yang paling buat aku happy BBM dia after event ni
sampai sekarang aku still simpan
5 November 2011 - jumpa dia kat ASK2011
seriusly dia hansem
bagi aku penampilan dia agak lain sikit malam ni
28 November 2011 - lunch dengan dia with sorang kakak ni
actually badan aku tak berapa sihat sangat
tapi demi komitment aku terpaksalah juga
6 December 2011 - hari sekali lagi aku lunch dengan dia
kali ini bukan sebagai pensyarah tapi executive
saja jumpa dia bagi cenderamata from singapore
7 December 2011 - kuar ngan nadia
plan nak cari hadiah william ngan wan
saja text dia nasib jugalah dia sudi nak jumpa even lambat
even sekejap tapi happy dia teman cari hadiah
dia ajak aku tengok wayang
sayangnya aku terpaksa tipu sebab tak nak kuzen aku salah anggap
24 December 2011 - inilah kali terakhir aku kuar ngan dia
aku tengok dia macam cacing kepanasan
tak leh nak duduk diam
26 December 2011 - berakhirlah hubungan antara kami
even perit untuk aku lalui tapi aku terpaksa
setiap malam aku titiskan air mata
siapalah yang nampak kan

hingga ke hari ini aku still mengharap hubungan kami pulih seperti sedia kala
aku manusia biasa
tak lari dari membuat kesilapan
abg aku pernah kata jangan terlalu berharap
even dia dah hina aku.. diri aku tetap memaafkan dia
walaupun terluka

banyak lagi memori terindah buat aku..
ada di antaranya aku dah upload kat twitter
silalah baca yer..

aku mengharapkan tahun 2012 membuka lembaran baru bagi aku
hidup atau matiku aku pasrah
aku sendiri tahu keadaan diriku
andaikata Allah ingin menarik kembali semua pemberiannya aku redha

awak...saya sentiasa mengharap awak maafkan saya. saya tahu saya dah letak awak dalam keadaan yang tidak selesa. saya tunggu saat itu. andaikata detik itu muncul dan saya dah tiada saya nak awak tahu yang dah maafkan awak. terima kasih awak sebab bagi kenangan terindah buat saya.

aku merindui arwah pak usu.. setiap kali aku sedih bayangan wajahnya sentiasa berada di mataku. Pak usu adik rindukan pak usu. adik nak berada di sisi pak usu. adik tak xde tempat nak mengadu.. ibu asyik sama kan adik dengan abg. adik tak leh jadi macam abg. abg pandai ada kerjaya. semua abg buat dapat pujian. adik sayangkan abg tapi adik rindukan pak usu. mata pak usu dalam diri abg buat adik makin rindukan pak usu

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, December 29, 2011

im crying alone :'(((((((((((


salam semua
makin hari makin kerap pula update blog ni kan
aku just nak kurangkan kesedihan
blog lah tempat aku meluahkan segala-galanya
hanya blog yang memahami dan mengerti apa yang tersirat dalam hati aku

hari ini aku rasa down gler
rasa nak nangis tu tak payah nak cakaplah
aku rasa terpinggir diri
seolah-olah aku bersendirian dalam satu kumpulan
hati aku sekarang memang kecewa gler
aku rasa diri aku dah tak di perlukan lagi
mungkin orang lain dah jadi keutamaan
aku nak keluar dari kelemasan yang melanda
dah tak ada air mata yang mampu aku titiskan
aku doakan agar mereka semua gembira sabtu ni
aku rasa nak tarik diri saat ini
aku dah tak mampu lagi nak beri kerjasama....

i need a few days to be alone
rasanya aku perlu off semua connection antara aku dan mereka
aku perlukan masa untuk bersendirian
berfikir..bertenang dan yang pasti menyembuhkan luka dalam hati aku
aku pernah cuba berdiam tapi hatiku makin terseksa
i need a beautiful beach..freedom..angin sepoi2 bahasa dan paling penting
KETENANGAN
mungkin betul kata abg
aku dah besar
tak boleh lari dari masalah
tapi nak buat macam mana
hakikatnya aku tak kuat
aku bukan seperti gadis2 lain yang mampu membuang segala masalah dalam sekelip mata
even aku tak suka dengan diri aku tapi inilah kenyataan!!!!

pengakhiran tahun ni amat mendukacitakan hari aku
sedih memang tak terhingga
aku mampu tersenyum tapi senyuman itu tidak ikhlas kuar dari diri

awak...saya sedih gila baca tweets2 awak.. kenapa sampai sekarang awak tak nak maafkan saya. ingin sekali hati saya bertweets kat awak tapi saya takut. takut awak mengeluarkan lagi kata2 penghinaan buat saya. semalam pun hati saya dah cukup terguris.. awak saya amat berharap awak maafkan saya.. saya rindu awak :face29:

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, December 28, 2011

Siapalah Saya Di Hati Awak


hurm sedih rasanyakan
nak buat macam mana
itulah yang terpaksa aku lalui sekarang
di benci oleh orang yang amat2 aku sayang
tak apalah awak
saya doakan awak bahagia
mungkin antara kita dah tak ada jodoh

even pahit untk saya terima saya sentiasa harap awak maafkan saya. saya masih menantikan panggilan dari awak. saya tahu awak tak baca pun blog saya ni

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, December 26, 2011

kecewa ;'((((


hari ni hari yang amat dukacita buat aku
spnjg hari aku t'menung m'mikirkn apa yg ptt aku lakukan
1st at all mmg aku sentap sgt2 dgn tweets2 dia
aku just anggap dia abg tp tuduhan dia kat aku kterlaluan
aku tahulah aku bknnya taste dia
aku x layak utk bdamping dgn dia
cuba tnya aku dr awal
ni dh sbb satu sindiran dh buat conclusion sndiri
rimasnya aku
aku hnya bdiam diri
sbbnya aku xnk mngganggu kerja aku yg dh lama tbengkalai
tinggal bberapa hari saja lagi
kerja ini umpama nyawa aku
tsilap langkah kerjaya aku korbankn
back to topic
perubahan awk yg tiba2 buat sy sgt2 x selesa
sy rindukan sgt2 bahagia bsama dgn awk
even awk hanya menulis tp tulisan itu umpama bkata2 kat sy
awak... mengertilah even pun sy sygkan awak diri sy x mungkin mjadi milik awk
sy sdr sape sy
hati sy yg terluka belum pun sembuh
awk tambahkan lagi beban dlm hdp sy
salah ke klu sy anggap awk ni abg sy
even sy x panggil awak abg awk ttp abg dlm diri sy
sy tunggu panggilan awk
itupun kalau awk maafkan sy
maaf atas salah faham

maaflah if ada yang kata aku ni emo. aku juga kuatkan diri utk tdk menangis. segala apa yang aku tulis dlm blog ni semuanya kebenaran tntg diri aku. jika ada yg puas hati x pyhlah baca

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, December 16, 2011

terima kasih semua ;-)

alhamdulillah aku dah selamat destinasi percutian aku
percutian ke???
hurmm maaflah if aku terpaksa menipu segelintir insan2 yg aku sayang
actually pemergian aku ke UK atas 3 sebab:

sebab yang pertama aku perlu sembuhkan diri aku
hurm kalau ada yang follow twitter aku pastinya fahamkan
lepas aku dapat test ujian darah haritu keputusannya amat mengecewakan
aku cuba berdiam diri
mencari kekuatan untuk aku lalui kehidupan aku
aku senyum tapi dalam hati aku menangis
ikut kata doktor penyakit aku akan sembuh kalau aku kuat
aku cuba bertahan
aku tak boleh cepat penat...tak boleh kerja berat2
jantung aku tak mampu bertahan lama
if berterusan kemungkinan besar potensi untuk aku sembuh kurang
yang paling mengecewakan aku adalah aku dah tak boleh buat aktiviti lasak
alahai rindunya aku nak camping, panjat bukit and so on
maklumlah aku membesar dengan aktiviti sebegitu

second reason holiday with family
alhamdulillah rezeki aku tahun ni agak baik
kenaikan pangkat & rezeki lain atas berkat keluarga tersayang
actually rancang nak pegi agak lama
cuma kekangan tugas menangguhkan pemergiaan kami
aku kembali ke UK dengan harapan baru
pastinya yang utama jumpa dengan teman2 sepermainan aku
perghhh memang gler rindu kat diaorang
malangnya pertemuan aku di himpit ke hibaan
Razif & Carl maut dalam kemalangan
ikut cerita Najiah mereka tertidur ketika memandu
sayang betul aku baru dapat tahu setelah 6 bulan mereka meninggalkan dunia
kerinduan aku sedikit terubat dengan cerita2 najiah & syamil
selagi aku di sini aku akan menghabiskan masa bersama mereka
nasiblah ada facebook yang sentiasa menghubungkan kami

third reason aku perlu tenangkan hati aku
lately ni banyak sangat dugaan yang aku terima
saling bertimpa antara satu sama lain
yang paling perit hubungan antara aku dengan **** ****
setiap hari air mata aku mengalir
terlalu perit sebab aku tak mampu bercerita kepada sesiapa
aku tak mampu nak bagi dia harapan
memang benar kata dia jodoh tak mengenal usia
cuma aku belum bersedia
ya aku mengaku aku terlalu memikirkan jurang umur kami
atas alasan itu aku nekad menolak dia
tapi aku tak mampu nak buang perasaan sayang sebagai seorang adik
perubahan mendadak dia membuatkan aku benar2 terluka
tak ramai yang tahu bertapa hancur & terlukanya hati aku
mungkin ini balasan buat aku
aku menolak orang yang amat menyayangi aku demi insan yang aku sayangi
sayangnya aku bertepuk sebelah tangan
masakan dapat berbunyikan??

saat aku dambakan moral support tidak ramai yang hadir
lebih2 lagi insan yang aku sayang
tapi aku bersyukur kerna allah masih mengurniakan aku sahabat
sokongan, bantuan & perhatian yang mereka berikan sangat2 berharga buat aku
terima kasih nafi..apiz..hawa
bagi korang akulah adik yang sentiasa buntukan perhatian
maaf kerna banyak mencuri masa2 korang semua
bak kata nafi
"kalau tak ada kenangan lalu pastinya tiada kita hari ini"
tak lupa juga buat arif & kak sofie
arif sentiasa hiburkan hari aku
bila aku sedih aku akan baca mention/bbm/whatsapp/msg arif hantar
hanya itu yang mampu buat aku tersenyum
sometimes aku gelak sorg3 baca semua mention dia
kak sofie banyak bagi dorongan
mungkin aku terlalu muda nak rasai kehidupan ni berbanding kak sofie yang dah lama makan garam

hurm ada satu impian aku yang masih belum terlaksana..
aku harapkan aku mampu mendapatkannya sebelum tahun ni berakhir
lama rasanya tak mengupdate blog.. maklumlah busy dengan kerja yang menimbun.. bagi rakan-rakan semua harap mengerti.. aku bukannya on FB dan twitter 24 jam..ada kerja lain lagi yang harus aku utamakan.. maaflah jikalau aku tak membalas semua comment & tweets.. aku bukannya sengaja.. insyaallah ada kelapangan aku akan reply.. aku sangat2 mengharap korang mengerti.. jangan sebab benda ini perhubungan kita putus.. understand me please

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, December 2, 2011

shazzle crew in the house!


assalamuaikum semua
dah lama rasanya tak update blog
maklumlah x ada story yg begitu menarik utk di update
kenal x sape di atas?
20.11.2011
memori yg sgt3 indah
dan juga pntg buat kami "Shazzle Crew" member
hari nilah secara rasminya fan club ini di tubuhkan
SHAZZLE di reka atas nama Shahz Jaszle
manakala CREW pula dtg dr team mmbrs lain yg inginkn kelainan
Shazzle Crew di tubuhkan khas utk meyokong Shahz Jaszle dlm kariernya sbagai seorg pelakon
so if ada sesiapa yg berminat boleh lah join kami di
twitter:
facebook:

semalam merupakan detik paling indah
buat pertama kalinya kami dpt b'semuka dgn shahz mmbntgkn agenda kami
bila bdpn dgn shahz excited dia mmg x t'hingga lah
and the best moment is shahz belanja kami mkn
opsss jgn jeles sdhlah yer :face7:
dah selesai p'bincangan dgn shahz tak di sangka shahz ada kemukakan satu event
apakah dia??
ok kita nnt kan yer :face15:
kpd yg jeles jom kita saksikan gmbr2 di bwh:10:





SMILE! Thankz for reading =)

Friday, November 25, 2011

busy week!


ayat di atas menunjukkan diri aku sgt2 poyo!
ok back to topic
mnggu ni aku sgt2 lah busy
every minute every second ada je bnda aku nk buat
blk umah pula tension tgh brng2 bsepah dlm bilik
sabar fara.. only a few days to go
last sunday aku xsengaja jumpa dgn abg shahz jazle
x sangka dia bg aku 1 job yg sgt2 mngejutkan aku
nak tahu apa dia?
dia melantik aku selaku AJK dlm fan club dia
just imagine kn?
how about kamal adli fan club?
jgn risau sbb aku akan tetap manage fan club tu
but having 2 fan club is not an easier task
so if ada yg tsalah or silap harap2 di ampun ye
cuma aku harap xdelah yg lps tgn
weekends ni aku nk pindah umah
klu dtg umah aku skrg mcm tongkang pecah
maklumlah adat pndh katakan
about FFM last week
nmpknya ada juga org x puas hati dgn aku
lumrah hdp katakn
aku hanya insan biasa yg x mmpu nk penuhi pmintaan semua
sorylah klu kau *masam muka* on that day
aku x sengaja katakan
skrg ni aku cpt trasa hati
aku bkn sngaja x bls BBM, msg, call, twitter, fb or whatsoever
x di nafikan mmg aku agk mls mlyn sesetgh org tu
cuma please undestand me
aku pun ada komitmen lain yg tpaksa aku utamakan
bkn aku lngsg x bls just amek time utk mmbls
sorry ye semua :face61:
aku sgt2 busy taktala ini
have to go byk keje menanti
love all of u xoxo

td tbuka 1 blog ni. tsilap aku org tu dh tunaikan apa yg dia nk. agaknya apa lg dia x puas hati kn. biasalah manusia. tak akan prnh ada kepuasan dlm hdp. aku just minta org tu tlg jgn gnggu khdpn kami. antara kita dh xde kaitan. x payah nk ingt blk kngan lalu.

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, November 20, 2011

not everything can make me smile :')


sometimes we :1: to hide :13:
sometimes we :face42: to hide :face29:

people see we happy
but inside deep heart?
people see we laughing
but behind the smile?
people only see the happier face
but did anyone asking what truly we facing
*english aku makin teruk nmpk gayanya*
akhir2 ni byk yg btnya kat aku
knp aku myendiri?
ntahlah aku lg suka bdiam diri
aku xde jwpn utk semua psoalan yg bermain di kepala
hnya seseorg je yg dpt mngembirakan hati aku
klu aku ssh hati aku tgk gmbr dia
klu aku resah aku tgk senyumannya
stiap pg aku happy dgn msg2 dia
dia je yg mampu mbuat hati aku tubat

Happy birthday to my mum.. i love u mum... sorry x dpt nk celebrate hrni :face47:


SMILE! Thankz for reading =)

Friday, November 18, 2011

terima kasih awk :')


assalamualaikum semua.. makin hari makin jauh aku tinggalkan blog ni
inilah perasaan yang harus aku hadapi bila mencintai orang dalam dia
semalam aku bad mood gler
mcm2 bnda yg jd kat aku
keje aku asyk nk hentam org je
then suddenly he sending bbm to me
1st at all mmg aku terkejut beruk
yalah mana nk sangka dia bbm aku time aku tgh moody
lynan dia kat aku sgt2 lain
punyalah baik, caring, ramah and semuanya
smpaikan aku tsenyum baca bbm dia
dua tiga hari ni aku terperasaan yg dia asyk mlyn aku je
mgkn hanya perasaan aku
ntah2 dia xde feeling lngsg
mlm tu aku tido smpai t'mimpi2 kan dia
mimpi tu sgt sweet hinggakn aku trasa xnk bgn dr tido
tp sygnya aku x mmpu nk bcerita kat sesiapa
kesian sngguh kat diri aku kn
hari ni he seems like too busy
tweets pun jwb mcm x nk jwb
tp tgk org lain dia lyn je
xpelah ini dugaan utk aku
lain kali cinta lagi kat org tu diam2 kn
last2 dia pilih org lain aku yg merana
oklah thankz all for today
TERIMA KASIH awk

terima kasih awk kerna mmbnrkn sy mncintai awk. awk nmpk sempurna di mata sy. even awk x sdr cuma awk dia hati sy. u the one and only I love. sy ttp akn menunggu awk.sy syg awk :n:

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, November 12, 2011

apa kata hati?


salam semua,
11.11.11
pasti banyak memberi memori terindah buat semua kan?
tapi berlainan dengan aku
aku agak stress dengan tarikh ni
sebab
banyak sangat benda complicated yang jadi
oklah lupa pasal tarikh ni
tengah malam tadi ada someone call
dia suruh aku luahkan apa yang ada dalam hati aku
alamak COMPLICATEDnya
sebab macam-macam benda dalam hati aku pasal dia
ada benda yang ingin aku ungkapkan
tapi sayang tak terkeluar dek nada suara
lately ni aku dengan dia macam ada jurang yang besar
kalau dulu mungkin semuanya di kongsikan bersama
tapi tidak sekarang kerna
hati aku sebenarnya hancur
sebabnya aku rasa orang tu sendiri memahaminya
"life have to go on"
sometimes benda yang kita tak suka itulah yang kekal dalam diri kita
aku pula memilih untuk terus pandang ke hadapan
malas rasanya nk imbau kenangan-kenangan yang memeritkan hati
andai takdir persahabatan kami setakat itu aku terima
dan tertulis darinya kan
huuhuhuhuhu

hari ni birthday dia.dia ada call malam tadi.aku dah cakap apa yang aku rasakan aku patut cakap.banyak lagi yang aku pendam tapi biarlah sebab aku tahu hanya itu sekali dia menghubungi aku.dia tak akan lagi call aku even "FREEE"

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, November 6, 2011

bila hati semakin sayang :'(


salam aidiladha
rasanya belum terlambat untuk aku ucapakan
aidiladha memberi seribu satu makna pengorbanan
bagi aku sendiri banyak pengorbanan yang perlu aku korban
terutamanya berkaitan hati
lately ni hati aku timbul bermacam2 perasaan
kalau berkenaan cinta
aku akui hati aku semakin sayang kat dia
cuma agak terkilannya kerna di buat endah tak endah terhadap aku
mungkin itulah risikonya apabila kita mencintai seseorang secara diam2
aku bukan tak bersedia untuk memberi tahu cuma aku tak tau dari mana nak di mulakan
sekarang ni aku makin kerap baca timeline dia
lagi kerap aku baca lagi membuatkan hati aku menangis
mungkin perasaan cemburu dah terbit dalam hati aku
saat aku mengalirkan air mata itulah aku kerap memandang wajahnya
senyuman membuat aku terleka
kalau dulu aku jadi perhatian utama dia but lately ni
dia macam mengelak dari aku
banyak msg yang aku hantar tapi jarang sangat di reply
aku agak terasa
mungkin kah aku ada melakukan kesilapan kepada dia yang dia pendamkan
kenapa dia tak boleh nak layan aku seperti dulu
adakah dia dah menyedari perasaan yang terbit ini
hurmmm... perasaan lelaki yang susah di baca
aku rasa aku perlu berikan dia ruang untuk berfikir seketika
andai kata ada jodoh kami aku terima
benar kata orang
'lebih baik kita memilih orang yang mencintai kita dari memilih orang yang kita cintai'
SAYA SAYANGKAN AWAK
cuma awak tak menyedari kehadiran saya
maaflah andai kata perbuatan saya mengganggu hidup awak
saya hanya inginkan perhatian awak

awak,kalaulah awak tahu hanya awak yang bertakha di hati saya. saya ingin kongsikan semua yang saya lalui bersama awak tapi sayangnya awak hanya menganggap saya sebagai sahabat. hanya awak di hati saya. saya akan menunggu sehingga saat itu muncul walaupun saya tahu yang saya akan terluka.SAYA SAYANG AWAK

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, October 30, 2011

so sad :""""""""(

entri aku sebelum ni pernah kata aku mencintai seseorang
siapa dia biarlah rahsia
lately ni aku suka sangat stalker profile dia
semua komen2 member2 dia aku baca
tak sangka even sesibuk mana pun dia tetap melayan
aku paling suka stalker profile twitter dia
even aku tak tahu butir kata dia tapi aku rasa senang
cuma aku kesal sebab dia banyak melayan orang lain kalau nak di bandingkan dengan aku
maybe dia bosan kot sebab aku terlalu kerap msg kat dia
sometimes aku cemburu dengan kawan2 dia
even diaorang lelaki tetapi dia layan baik sekali
jauh lebih baik dari dia layan aku
hurmmmm mungkin dia lom realise lagi kot
tak pelah aku still boleh sabar
aku dah decide untuk menyepi seketika
susah rasanya mencintai orang yang bukan milik kita
aku rindukan senyumannya
pengubat rinduku setiap malam
miss u so much darl
im hoping one day u will accept me in your life :face59:

hidup bukan semudah yang di sangka. sikap cemburu seorang wanita tetap ada. mungkin aku terlalu mendesak bagi dia. :face41:

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, October 24, 2011

fall in love :(

cinta yang sejati pastinya sukar di cari
tak salah kalau kita mencintai seseorang itu kan
dan lumrah kehidupan kita sebagai perempuan di dalam dunia ini untuk di cintai
samalah seperti aku
aku inginkan dambaan kasih sayang insan yang sudi menemani liku-liku kehidupan aku
dua tahun yang lepas aku mengenali lelaki ini
dia CARING
dia KACAK
dia SWEET
dia SMART
dan yang paling penting dia BERTANGGUNGJAWAB
bagi aku dia menepati semua ciri-ciri idaman aku
cuma sayangkan dia tak tahu yang aku mula sayangkan dia
nak buat macam mana terpaksalah bermain dengan perasaan
kadang kala hati aku sakit melihat kemesraan dia dengan orang lain
kenapalah perasaan dia tak boleh sebegitu dengan aku
apa kekurangan aku di mata dia?
adakah sebab jurang umur?
hurmmmm
bila aku rindu dia aku tatap wajahnya
senyumannya menjadi penawar buat aku
hati aku senang
kalau boleh aku nak sering berada di samping dia
tapi.............
masa belum mengizinkan
aku sendiri tak tahu status dia
sama ada dia single ataupun dan berpunya
pernah sekali aku serkap jarang tapi aku sendiri yang malu
rupa-rupanya orang yang dia gelar 'teman istimewa' tu hanyalah kawan baik dia
lelaki pula tu..adui malunya lah
aku mengharapkan dia sedar kan kewujudan aku
semoga hati dia boleh menerima diri ku ini
aku sangat mencintai mu ****
love you forever

Ya Allah bukalah pintu hatinya untuk menerima hatiku. Semoga kami kekal bahagia bersama-sama:face60:

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, October 16, 2011

huh :/

"angin bayu membawa diriku
sepintas lalu ku terkenang kan mu
memori silap meresap malam
kenangan bersama tersimpan selamanya"
pagi-pagi lagi mood jiwang dah melandang
aii maklumlah angin sepoi-sepoi bahasa kan ....hahhahaha
untuk menjalinkan satu persahabatan memerlukan masa bertahun-tahun
tapi hanya sesaat untuk memutuskan nya
itulah lumrah hidup manusia
sekarang ni aku terasa yang aku di pergunakan
bila susah cari aku but bila senang semuanya buat tak tau
itulah namanya sahabat kan???
aku bukannya nak memutuskan siratulrahim sesama insan manusia
tapi aku rasa aku berhak
buat apa aku nak rasai kesedihan sedangkan orang lain bergembira
aku rasakan aku patut padamkan semua memori lalu
biarlah aku tiada kawan-kawan dahulu tapi hargai kawan yang ada di depan aku sekarang
perubahan masa memaksa kita untuk berubah
aku tak bongkak dan bangga dengan apa yang aku ada sekarang
aku sedar semuanya sementara
tapi mereka????? entahlah biarlah mereka fikir sendiri
yang pasti aku akan MENGHILANGkan diri
destinasiku.... biarlah rahsia


SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, October 9, 2011

9.10.11


9.10.11
begitu indah tarikh ni
bagaimana pula dengan aku?
macam biasalah kesedihan tetap menghantui aku
cuma aku beruntung di saat aku kesedihan ini
masih ada insan yang setia mendampingi aku
straight to the point
hari ni aku tergerak hati nak menegur insan yang dah lama aku tak tegur
hanya sapaan "SELAMAT PAGI"
namun sapaan itu hanya tinggal tulisan kerna langsung tak di sapa
aku agak terasa
begitu lama aku menunggu peluang.. masa yang sesuai
tapi nampaknya macam aku tak di perlukan dalam kehidupan dia
aku redha.. aku cekalkan hati
"Allah tak akan menduga hambanya melebihi batas kemampuan mereka"
kata-kata ini sentiasa aku pegang
kerna di setiap kemahuan kita inginkan pastinya ada jalan
insyaallah aku akan cuba baiki perhubungan ni
tak baik memutuskan siratulrahim sesama insan
sama ada dia inginkan atau tidak bukan terletak di tangan aku
janji aku berusaha
di saat-saat aku rebah aku amat inginkan seseorang di sisi ku
syukurkan dia sentiasa menemani aku tak kira waktu
aku juga faham apa yang di rasa
aku tahu hatinya berbelah bagi
tapi aku juga tahu dia tak mungkin lupakan aku
terima kasih abg sebab sentiasa berada di sisi ini

berat sama di pikul ringan sama di jinjing. kedukaan bukan bermakna penamat segalanya. aku harus bangkit mencari kebahagiaan hidup ini kerna aku tahu masih ada insan yang MENGAMBIL BERAT dan SAYANG kan aku

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, October 7, 2011



banyak benda yang ingin aku luahkan
tapi bukan semua yang dapat di sampaikan melalui penulisan
saat ni dalam hati ku bermacam-macam perasaan melanda
kuat betul dugaan untuk aku saat ini
pasang surut kehidupan amat susah dilalui
aku mencubanya sebaik mungkin
mungkin aku pendiam
sifat inilah yang buat hati ku sering kali di uji
hati aku lembut.. aku senang memaafkan orang
saat ketika aku dalam kemarahan sekalipun aku tak tunjuk di hadapan orang lain
aku lebih suka bersendirian
tapi pernahkan ada seorang insan yang ingin bertanya apa sebenarnya di hati aku
mungkin tiada
aku merindui zaman persekolahan ku
kenangan lalu yang sentiasa tersemat di ingatan ku
sekarang ni aku keseorangan
kesepian melalui liku-liku kehidupan
siapalah aku untuk di fahami
mungkin aku dah banyak sangat mengalah
tanpa aku sedari hati aku sendiri yang terluka
aku gelak.. aku ketawa.. itu hanya luaran mata kasar
tapi dalaman beribu air mata yang aku titiskan
sebak hati ini memikirkan
aku masih mencari sinar cahaya dalam hidup aku
kegembiraan
mungkin aku belum temui
adakah insan lain yang dapat mengembirakan hati aku?
aku tak nak bermain tarik tali
penantian itu satu penyeksaan
mungkin orang lain tak mengerti maksud aku tapi bagi aku
aku adalah aku!

actually nak update post yang lain tapi jari ni laju menekan papan kekunci mengupdate post lain. insyaallah kalau tak ada halangan esok aku update post teristimewa. maafkan diri aku kerna belum cukup sempurna di muka bumi ini

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, September 30, 2011

29.9.2011 :'(

speechless
hanya itu ungkapan yang boleh aku ungkapan
29.9.2011 menyimpan seribu satu memori dalam hidup aku
aku sedar sekarang siapa itu lawan siapa itu kawan
nasib jugalah allah segera membuka mataku dan menyedari bahawa aku sedang dipergunakan
aku tak nafikan aku ni baik
mungkin terlalu baik sehingga apa sahaja permintaan orang lain aku sanggup tunaikan
dalam masa yang sama ada tak sedar diri aku sedang di pergunaan untuk kepentingan insan tertentu
semalam aku reliase semuanya
memang betul kata orang bila berkawan dengan insan yang namanya kian meningkat kita lupa kan seorang yang pernah setia menjadi sahabat kita
kegembiraan membuatkan kita tidak sedar yang kita sebenarnya menyiat-yiat hati pihak lain
aku malas nak komen banyak...aku pun turut juga berkawan dengan artis
tapi aku tak lupa sahabat atau family angkat yang ada di sisi aku sebelum mereka hadir
kerna apapun yang jadi mereka tetap yang utama
aku paling benci orang yang mungkir janji
aku paling tak suka orang yang talam dua muka
tak payah lah yang baik dengan aku demi kepentingan sendiri
aku bukannya 'teksi' ataupun 'rumah tumpangan' yang kau boleh call sesuka hati bila kau nak
sekarang bila aku dah sedar kau faham-faham lah sendiri

semalam merupakan ulangtahun abg yang amat-amat aku sayangi
lama aku berdiam diri hanyaaku sendiri yang tahu sebab-sebabnya
aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak menangis
tapi aku tak mampu
dia lah insan yang berjaya mendidik aku menjadi seorang adik yang menjadi kebanggaan masyarakat
aku cuma terkilan dengan dia sedikit.. tak sangka dia lupa akan aku..hurm
mungkin ingatan dan memori dia dah luput terhadap aku bila ada insan lain
aku mengerti.. aku tak nak putuskan sebuah persahabatan yang terjalin
mungkin sekarang belum masanya.. masa masih panjang dan aku harapkan satu saat ia akan muncul jua

entri aku kali ni mungkin menimbulkan sakit hati sesetengah pihak. siapa makan cili dialah terasa pedasnya. maaf sebab aku dah remove semua maklumat tentang kau sebab hati aku benar-benar sakit. aku just minta tolong sikit. itu pun kau tak boleh nak tunaikan. maaflah hati aku belum terbuka lagi

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, September 26, 2011

Suka duka bergelar 22 tahun :')



assalamualaikum semua
25 September 2011
genaplah usia ku 22 tahun
semakin dewasa semakin banyak ranjau kehidupan yang terpaksa aku lalui
aku sepatutnya bersyukur kerna aku masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini
jauh aku mengelamun mengenangkan hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia menjadi hari yang paling sedih dalam hidup aku
aku cekal kan hati aku kuatkan diri ku ni
aku pasrah dengan semua dugaan

hari jadi aku tahun ni di sambut agak hambar
semua ahli keluarga aku lupa akan birthday aku
kuzin-kuzin aku, mak cik-mak cik aku even kawan baik aku pun lupa akan hari bersejarah aku
aku pasrah.. yalah sape lah aku di hati mereka
nama aku pun tak akan ada di mulut-mulut mereka
aku hanya di perlukan bila mereka memerlukan aku

aku sempat memberitahu abang
tahun ni aku tak nak sebarang kejutan untuk hari jadi aku
tapi lain aku harapkan lain yang menjadi
thank you so much abg sebab membahagiakan hari fara
walaupun tanpa keluarga aku sangat-sangat bersyukur kerna semua insan yng tiada pertalian darah dengan aku yang telah ku anggap keluarga masih ingat hari bersejarah aku

even aku sedih tapi semalam merupakan hari bahagia aku
aku mengaku aku menangis
tangisan air mata yang penuh dengan kedukaan dan kegembiraan
tak sangka saat aku berduka ada insan lain yang mengembirakan hati aku
yang paling buat aku bahagia adalah kejutan dari Abg Adam Shah and Kak Ila Damia
thank you so much
tak lupa juga buat abg kamal, abg iq, abg kpeng, abg ijam, abg fizo, abg bamie, abg erry, abg adi and too all yang wish "Happy Birthday"
tak terhingga untuk aku ucapkan
love all of u

video

*saja je aku post gambar ni sebab ada yang tak puas hati dengan aku*

credit untuk mereka
First- Abg Firdaus
Middle - Adk Eyija
Last - Abg Shahz & Lyana

aku berazam untuk lupakan masa lalu. aku ingin kuat menempuh hari-hari yang mendatang. aku hanya ingin bahagia bersama orang yang amat aku sayang. fahamilah diri aku ini. aku bukan sekuat insan lain di muka bumi. aku sangat-sangat kedil

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, September 19, 2011

bersyukur :')


salam stalkers
apa khabar maaflah menyepi beberapa ketika
terlalu banyak open house yang harus di hadiri
maklumlah hari raya lah katakan :face12:
dua hari lepas aku dapat berita abg iq excident
kat atas ada gambar "bee" abg iq hancur berderai
tgk je gambar memang tak terkatalah
saat itu hanya mengharapkan supaya abg iq selamat
alhamdulillah semuanya selamat just kereta yang perlukan sedikit pembaharuan
kalau ikutkan tengok keadaan kereta mestilah ada yang menyangka abg iq cedera parah
alhamdulillah Allah masih sayangkan abg iq
dia memberikan peluang kepada abg iq untuk terus bernafas
actually abg iq mengelak dari satu kereta kemudian kereta yang lain
then dia terlanggar tiang lampu and at last kereta dia terjatuh dalam gaung
dengar cerita memang berderau darah
ikut kata kak poja malam excident tu abg iq tak boleh nak jalan :face59:

semalam jaoin satu event kat Istana Bambu
#twtupraya
memang best lah katakan
yang paling terkejut sekali abg iq boleh berjalan
sihat walalfiat tak macam orang bau lepas excident
tapi kita nampak luaran je kan dalam belum tentu lagi :face6:
syukur alhamdulillah aku mendoakan semoga abg iq cepat sihat dan aktif seperti biasa


my lovely brother

cukuplah cerita pasal excident2 ni ye
naik seram pulak mendengarnya
sekarang ni aku nak cerita kisah yang bakal menjelaskan korang pulak
hahhahahhaah :face7:
raya tahun ni adalah raya paling bermakna buat aku
kenapa???
sebabnya aku dapat duit raya dari insan-insan teristimewa merangkap abang2 aku
mula-mula sekali aku dapat duit raya dari abg KPENG or SYAZWANZULKIFLY aka Apek
abg kpeng paling awal sekali bagi duit raya kat aku
seminggu sebelum raya tu.. kiranya dah advancelah aku dapat heheheh
then semalam pula aku terima duit raya from abg IQRAM DINZLY
yeahhaaaa happy tak terkatalah
thankz abang-abangku.. next year boleh lah bagi lagi ye :face7:
berapa nilai dia hanya antara aku dan mereka saja yang tahu :face12:

abg Iq and abg Kpeng thankz you so much... love all off u :face9:

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, September 14, 2011

kenangan lalu :')


yeahhhhh!!!!!
inilah family kesayangan aku
abg, aku. angah & alang
rasanya gambar ni dah lebih dari sepuluh tahun
entah macam mana boleh jumpa balik kan.. hahhaha
dulu kami berempat je
memang merata dunia kami pergi
but now dah berenam so pergerakan agak terbatas
lagipun masing-masing dah besarkan
semua dan busy dengan keje masing-masing
nak dapat berkumpul berempat macam ni memang susahlah
aku paling rapat dengan abg aku sebab dia paling memahami diri aku
:67: you abg


i :h: all my siblings.. Muhammad Zhafareez Asnaf, Muhammad Zaim Aiman, Muhammad Zharif Aqil, Muhammad Zharil Adam, Muhammad Zhafran Akmal

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, September 8, 2011

Kids on Raya



hello stalker
hari ni dah masuk hari ke 10 kita menyambut syawal
kalau nak kira duit raya rasanya dah habis di edarkan hehehe
hari raya pasti di sambut meriah terutama buat kanak-kanak
bagi aku yang terdiri dari family besar ni raya tak cukup meriah tanpa kanak-kanak di sisi
pagi-pagi raya je dah kecoh riuh rendah suara mereka bersiap untuk berhari raya
tahun ni aku tertarik dengan anak-anak aku
well they still young but mostly cute
kat bawah ada gambar-gambar sebahagian dari anak-anak buah aku & kuzin-kuzin
yang besar-besar sorylah tak boleh nak inteframe takut nanti tak muat korum lah pulak hehehe
sayangnya my dear arif firqan tak ada gambar solo
kesian kat dia asyik berkepit dengan papa dia je
tulah takut orang lagi kan
nak cerita pasal family aku ni memang tak cukup tangan lah
sebab family aku sangat-sangatlah besar
boleh di katakan kanak-kanak je dah mencecah 30 orang
oklah tinggalkan korang semua dengan kenangan istimewa di hari raya








SMILE! Thankz for reading =)