Friday, December 16, 2011

terima kasih semua ;-)

alhamdulillah aku dah selamat destinasi percutian aku
percutian ke???
hurmm maaflah if aku terpaksa menipu segelintir insan2 yg aku sayang
actually pemergian aku ke UK atas 3 sebab:

sebab yang pertama aku perlu sembuhkan diri aku
hurm kalau ada yang follow twitter aku pastinya fahamkan
lepas aku dapat test ujian darah haritu keputusannya amat mengecewakan
aku cuba berdiam diri
mencari kekuatan untuk aku lalui kehidupan aku
aku senyum tapi dalam hati aku menangis
ikut kata doktor penyakit aku akan sembuh kalau aku kuat
aku cuba bertahan
aku tak boleh cepat penat...tak boleh kerja berat2
jantung aku tak mampu bertahan lama
if berterusan kemungkinan besar potensi untuk aku sembuh kurang
yang paling mengecewakan aku adalah aku dah tak boleh buat aktiviti lasak
alahai rindunya aku nak camping, panjat bukit and so on
maklumlah aku membesar dengan aktiviti sebegitu

second reason holiday with family
alhamdulillah rezeki aku tahun ni agak baik
kenaikan pangkat & rezeki lain atas berkat keluarga tersayang
actually rancang nak pegi agak lama
cuma kekangan tugas menangguhkan pemergiaan kami
aku kembali ke UK dengan harapan baru
pastinya yang utama jumpa dengan teman2 sepermainan aku
perghhh memang gler rindu kat diaorang
malangnya pertemuan aku di himpit ke hibaan
Razif & Carl maut dalam kemalangan
ikut cerita Najiah mereka tertidur ketika memandu
sayang betul aku baru dapat tahu setelah 6 bulan mereka meninggalkan dunia
kerinduan aku sedikit terubat dengan cerita2 najiah & syamil
selagi aku di sini aku akan menghabiskan masa bersama mereka
nasiblah ada facebook yang sentiasa menghubungkan kami

third reason aku perlu tenangkan hati aku
lately ni banyak sangat dugaan yang aku terima
saling bertimpa antara satu sama lain
yang paling perit hubungan antara aku dengan **** ****
setiap hari air mata aku mengalir
terlalu perit sebab aku tak mampu bercerita kepada sesiapa
aku tak mampu nak bagi dia harapan
memang benar kata dia jodoh tak mengenal usia
cuma aku belum bersedia
ya aku mengaku aku terlalu memikirkan jurang umur kami
atas alasan itu aku nekad menolak dia
tapi aku tak mampu nak buang perasaan sayang sebagai seorang adik
perubahan mendadak dia membuatkan aku benar2 terluka
tak ramai yang tahu bertapa hancur & terlukanya hati aku
mungkin ini balasan buat aku
aku menolak orang yang amat menyayangi aku demi insan yang aku sayangi
sayangnya aku bertepuk sebelah tangan
masakan dapat berbunyikan??

saat aku dambakan moral support tidak ramai yang hadir
lebih2 lagi insan yang aku sayang
tapi aku bersyukur kerna allah masih mengurniakan aku sahabat
sokongan, bantuan & perhatian yang mereka berikan sangat2 berharga buat aku
terima kasih nafi..apiz..hawa
bagi korang akulah adik yang sentiasa buntukan perhatian
maaf kerna banyak mencuri masa2 korang semua
bak kata nafi
"kalau tak ada kenangan lalu pastinya tiada kita hari ini"
tak lupa juga buat arif & kak sofie
arif sentiasa hiburkan hari aku
bila aku sedih aku akan baca mention/bbm/whatsapp/msg arif hantar
hanya itu yang mampu buat aku tersenyum
sometimes aku gelak sorg3 baca semua mention dia
kak sofie banyak bagi dorongan
mungkin aku terlalu muda nak rasai kehidupan ni berbanding kak sofie yang dah lama makan garam

hurm ada satu impian aku yang masih belum terlaksana..
aku harapkan aku mampu mendapatkannya sebelum tahun ni berakhir
lama rasanya tak mengupdate blog.. maklumlah busy dengan kerja yang menimbun.. bagi rakan-rakan semua harap mengerti.. aku bukannya on FB dan twitter 24 jam..ada kerja lain lagi yang harus aku utamakan.. maaflah jikalau aku tak membalas semua comment & tweets.. aku bukannya sengaja.. insyaallah ada kelapangan aku akan reply.. aku sangat2 mengharap korang mengerti.. jangan sebab benda ini perhubungan kita putus.. understand me please

SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^