Sunday, February 19, 2012

Futsal with Soccer Kids

orang kuat SoccerKids 2012

SoccerKids 2012 kini kembali
nantikan pada bulan 4 nanti
pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk musim keempat rupanya
even diaorang ni semuanya bawah 15 tahun tapi ketahanan mental diaorang sangat2 lah kuat
18 Februari yang lepas TV3 kembali mengumpulkan peserta soccerkids dari musim pertama hinggalah keempat
kali ini peserta soccerkids berentap dengan artis2 malaysia
antara artis2 yang join adalah Kamal Adli, Johan A'sari, Syazwan Zulkifly, Aiman Hakim Ridza, Aizat, Epul (Drama), Fiq Mentor, Nabila Huda dan ramai lagilah
apapun kesemua artis ni kagum dengan percapaian adk2 soccerkids
bak kata abg kamal
"baru 7 minit dah pancit.. bdk2 ni memang terrorlah"
keputusan untuk setiap game tak berapa nak ingatlah
apapun team Johan & Adam memang 1 game, kalah 1 game and seri 1 game
manakala kumpulan kamal kalah ketiga2 game
keseluruhan permainan di menangi oleh kumpulan BMG
apapun tahniah di ucapkan kepada semua permain
and tak di sangka2 kan rupa2 nya Aiman terror main bola
kagum dengan dia...
oklah tinggalkan semuanya dengan kenangan istimewa dari Sport Planet Kota Damansara






and kenangan buat semua peminat2 kamal adli terutama KAFC & kamalien




8 Februari 2012 menjadi kenangan yang terindah.. Yang pastinya semuanya sweet2 bangat. enjoy all the moment with them. borak, lepak and so on. cuma part tak bestnya aku merasakan diri aku dan kembang.. arghhh i hate it :face41:

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, February 12, 2012

terbuang


lately ni macam2 masalah yang melanda khidupan aku
1st at all aku dah pun di buang dari siblings group
mula2 tu terasa sedih gak
lama kelamaan aku tabah
yalah orang dah x nak kita
so apa lagi kita nak harapkan
lagi baik diaorang buang aku dari group tu
sekurang-kurangnya xdelah hati aku sakit
about Shazzle Crew pula aku mmg rasa terpinggir
ntahlah apa nak jd lps ni pun aku sendiri xtau
for now aku tak nak amek tahu pasal apa2
terasa pula aku yg beria2 tp xde orang yang melayan

dalam kehidupan pasti ada pasang surut
aku tak pernah nak mlebel2 soal pemilihan kwn
bg diri aku, aku berkwn dgn semuanya
terpulanglah sama ada korang nak terima aku seikhlasnya atau tdk
mata hanya mampu melihat
tapi hati memberi seribu erti

otak makin ligat berfikir. tapi jawapan kepada persoalan masih tidak di peroleh. terlalu banyak berfikir kadang3 myebabkan diri kita stress. aku ingin meluahkan kpd seseorg.. tp siapakah yg sudi? belum ketemu jwpnnya

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, February 7, 2012

Holiday Time!!!!


hujung minggu yang lepas aku sempat bawa family pg holiday
destinasi semestinya ke Utara
kami bertolak dari umah jam 12 tengah malam & tiba di Perlis jam 9.30 pg
perjalanan kami memakan masa yang agak lama kerna berhenti di banyak perhentian
maklumlah mengantuk katakan
yalah after keje dah direct kena drive
kat perlis kitaorg tido kat umah tok teh
jimatlah bajet kos sikit :face7:
after mandi & rehat kami bertolak ke Padang Besar(PB)
sebelum tu singgah kejap di arau amek tok
smpai di PB cam biasalah its shopping time
almost 3 jam di PB then gerak ke Kuala Perlis
kat sini mcm biasalah x sah kalau x makan celup2 & jagung bakar
after that continue pula pg Arau makan ikan bakar kat umah tok
dah kenyang makan balik umah tok teh tido
esoknya pula pg2 lg aku, ibu & opah teh dah jalan kami pg beli breakfast
dah kenyang semuanya siap2 then gerak pg Wang Kelian
kat sana continue lg shopping lg3 dapat masuk sempadan
tak puas shopping kat Wang Kelian kami kembali ke Padang Besar
kali ni shopping Jersi
after that merayap pg Hatyai seketika then pg beriadah kat Bukit Ayer
dah panas2 dapat mandi sungai memang terbaik gler
then after that kami ke Simpang Empat pula makan di Budget Station
nampak je kedai budget tapi makanan tip top sekali
dah kenyang kami ke Kuala Perlis pula menikmati keindahan malam
dah jalan2 mesti lah lapar kan
so next station burger kalut(Dee Burger)
burger ni memang terbaik plus original made from ladang
hehehehe
kenyang2 balik letak badan boom tido
keesokkan harinya siap2 gerak pg Penang pula
cadangnya nak balik pagu tapi mcm biasalah
pok pek pok pek kul 11 lbh baru gerak
breakfast pagi kami di Kak Su Laksa
memang terbaik
kuah dia sangat2 fresh
after that apa lg bertolak kembali kembali ke Padang Besar
biaalah shopping last time
hahahahaha
aku & ibu apa lagi borong handbag sakan
dah penat shopping kita lunch kat Arau pastu gerak pg Penang
sebelum sampai Penang sempat lagi ronda2 Alor Setar cari Pekan Rabu
sampai kat Feri Penang jam 8 malam
kali ni excited sangat2 sebab naik feri dapat duduk atas..hahhaha
kat penang tak jalan mana pun
just pg makan nasi kandar line clear
cadang nak pg Gurney Drive tapi ramai orang pulak
kuar dari Penang kul 11 malam
kami tiba di rumah jam 5.30 pg
that's all about my holiday
and me
I'm :t: it so much
thanks to all

tadi ada someone bagitahu ternampak dia di Wangsa Maju. Is it really him??? hurmmm... i miss him so much:face47:

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, February 2, 2012

S.T.R.E.S.S!


Boleh x explain kat aku definisi kat atas tu?
Lately ni aku terhimpit dengan pelbagai masalah
1st of courselah pasal hubungan aku ngan dia
Macam2 cara aku cuba perbaiki
Belum juga ketemu jawapan
Semakin hari hari hati aku semakin sakit mghadapi kesedihan
Mungkin dia x sedar sikapnya membuatkan aku terluka
Sebulanlebih aku bertahan hinggakan kadangkala aku berfikir
Apakah corak permainan dia
Susah sangat dia nak terima diri aku dgn ikhlas.. Hurm
2nd masalah abg dengan kak intan
Aku sebagai orang tengah rasa tersinggung sangat2
Susah rasanya nk pegang rahsia kedua2 nya
If bergaduh aku juga yang jadi mangsa
3rd masalah yang aku sendiri tak tau apa kaitan aku
Tetiba tuduh aku sampaikan fitnah kat orang lain
Actually aku langsung tak tahu menahu hal itu
Takpelah aku berfikir itu alasan korang untuk buang aku dalam group tu
Aku terima eventhough persahabatan kita dah lama
Sekarang ni aku dah malas nak fikirkan semuanya
Lebih baik aku concentrate ngan kerja aku
Lagi mendatangkan kebaikan
Sekurang2 nya aku dapat duit.. Hehheheheh
Dari menabur fitnah dapat dosakan?
Lgpun penting sanga ke korang dalam life aku...hahahha
Aku inginkn percutian saat ni
Insyaallah boleh kurangkan stress dalam diri aku
Aku harapkan semuanya selesai cepat

manusia zaman kini tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. umpat mengumpat dah sinonim dalam kehidupan mereka. biasalah dah xde keje nak buat kan

SMILE! Thankz for reading =)

Life is Difficult

Assalammualaikum semua
Dah lama rasanya x mengupdate kat blog ni
Rindulah pula
Maaflah kesibukan memaksa saya berhenti menulis seketika

"life is just a piece of paper"
Ayat ni banyak mengajar aku tentang kehidupan
Sedar tak sedar ramai yang tak berpuas hati kita
Aku admit aku just insan biasa
Tak lari dari membuat kesilapan
Aku bukannya malaikat yang sentiasa memberi contoh terbaik
Kadangkala aku juga membuat kesilapan
Aku bangga bila ada yang menjadikan aku ikon
Mungkin banyak kebaikan yang korang peroleh
Tapi bila aku buat kesilapan tolonglah jangan ikut
Aku juga kadangkala terpengaruh dengan hasutan dunia
Bagi yang dah lama mengenali aku mungkin memahami diri aku
Yang baru mungkin nampak aku ni baik
Hakikatnya aku serba kekurangan
Aku sendiri sedang cuba memperbaiki diri aku
Ke arah jalan Allah *faham2 sudah*
aku admit aku ni bukannya baik sangat
Solat pun kadang2 terbabas
Atas sebab itu aku cuba memperbaiki diri aku
Dalam soal perhubungan
Aku letakkan semuanya di tangan allah
Sampai serunya aku terima
Aku tak kisah sekiranya jodoh itu pilihan keluarga ku
Berkata tentang persahabatan aku akui aku bukan sahabat setia
Pekerjaan aku membuatkan aku berkenalan dengan pelbagai ragam manusia
Saat ini baru aku sedar sebenarlah insan yang paling rapat dengan kita adalah musuh dlm lipatan
Aku tak pernah meletakkan syarat dalam persahabatan
Aku berkawan dengan semua orang
Tak perlulah nak arahkan aku dengan siapa aku ingin berkawan
Terlalu banyak pahit dari masih kehidupan yang aku lalui
Lebih perit apabila aku terpaksa menolak insan yang mencintai aku demi insan yg aku cintai

terlalu perit rasanya menanggung kesakitan demi orang lain. aku mengharapkan diri aku ini sekuat orang lain

SMILE! Thankz for reading =)