It's time to closed 2012 books
and open new books for 2013
23 tahun aku hidup di muka bumi ini
masih banyak asam garam kehidupan yang belum aku rasai
mengimbau kembali dari lahir hinggalah tamat sek men
keluarga sentiasa berada di sisi
pertama kali berjauhan dengan keluarga
saat menjejakkan kaki ke universiti
kehidupan di U membataskan aku untuk sentiasa berada di sisi keluarga
tamat pengajian
aku terus memilih jalan untuk berkerja
alhamdulillah dalam jangka masa setahun
aku berjaya mempunyai kerjaya yang stabil & boleh membanggakan keluarga
hampir 3 tahun aku berkerja
akhirnya aku nekad melepaskan semua yang aku punya kini
kenapa?
pastinya demi membahagiakan semua insan yang aku sayang
biarlah aku jauh
biarlah aku tiada di depan mata
asalkan insan yang aku sayang hidup bahagia tanpa gangguan
aku x ingin menyusahkan keluarga lagi
cukuplah apa yang keluarga aku lalui
biarlah lembaran tahun 2013 menjadi detik permulaan kehidupan aku
bukan niat aku untuk melupakan sejarah hidup aku
cuma aku ingin bangkit dari pengalaman
pengalaman banyak mengajar aku apa itu erti kesusahan
benar kata pepatah
'roda itu berpusing.. kadangkala kita di atas kadangkala kita di bawah'
sekarang masanya untuk aku buang segala dendam dalam hati ini
semoga dengan ini hatiku akan berasa lebih tenang
tahun 2013 aku ingin menjadikan Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan
kenapa aku pilih iqbaal?
bagi aku
iqbaal adalah remaja terbaik untuk di contohi
walaupun sibuk bernyanyi, memanggung
tapi iqbaal x pernah lupa satu perkara wajib
"SOLAT"
aku bangga sama iqbaal
insyaallah aku akan jadikan iqbaal as role model
alhamdulillah pembukaan tahun 2013 berjalan begitu baik. cuma terasa agak kepenatan sedikit. doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya