Tuesday, December 10, 2013

L.I.F.E


aku ketawa riang
aku tersenyum manja
aku bergembira
tapi ada tak yang melihat aku berduka?

benar kata orang pandangan mata itu tidak semestinya betul
kerna aku sendiri masih tak mampu mengerti apa yang aku lalui

2012 tahun yang begitu pahit buat aku
terlalu banyak kenangan pahit yang terpaksa aku lalui
kini di pengakhiran tahun 2013 keadaan itu kembali melanda

kehilangan orang yang kita sayang memang terlalu perit
walaupun perkenalan itu hanya sementara tapi kenangan yang di berikan sentiasa terpahat di hati
23 November 2013 pergilah insan yang bergelar mama & papa (mentua) buat aku
pemergian yang tiba2, langsung tidak terjangka
aku terpaksa menguatkan diri ku demi insan yang aku cintai

9 December 2013 pergilah insan yang teramat ku sayangi
walaupun semasa hayatnya terlalu banyak yang aku pinggirkan
tapi kehilangannya membuatkan aku benar2 sebak
sedaya upaya aku menahan air mata dari mengalir
saat ku lihat sekujur badan berselimut putih kaku di hadapan aku
aku ingin meronta, ingin memeluk
tapi apa yg dayaku....

kehilangan demi kehilangan yang terpaksa aku lalui
aku harus kuat
walaupun jauh di perantauan
walaupun tanpa siapa yang mengenali aku
aku redha


mati itu pasti. kita harus sentiasa tabah menghadapi. walau apa pun yang berlaku kehidupan terpaksa di teruskan juga

SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^