Monday, July 2, 2012

kesedihan kini kembali


dah lama rasanya tak update kat sini
bukan tak ada cerita
bukan tak ada yang ingin di luahkan
macam2 benda berlegar2 di fikiran
cuma tiada kata yang mampu ku ungkapkan
hurmmmm hati ni seolah2 menanggung seribu beban
nak di luah tak tau kat siapa
entah sampai bila lah aku mampu bertahan

pejam celik pejam celik rupanya dah 7 bulan sejak insiden itu
kenapa sehingga hari ni aku tak mampu untuk melupakan dia
kenapa bayangan dan namanya sering meniti di bibir ni?
sepatutnya aku terima kenyataan yang aku tak layak berada di samping dia
dia terlalu sempurna
tiada langsung cacat celanya
sedangkan aku penuh dengan kekhilafan
aku sendiri menyedari kesilapan aku
cuma aku terkilan kerna tak di beri kesempatan untuk memberi penjelasan
aku bukanlah seorang yang kuat
setiap kali aku lihat dia bahagia hatiku sakit!!!
seolah2 ada pisau yang merobek2 hatiku
ntahlah kenapa aku masih mahu mengikuti perkembangan hidup dia
mungkin aku sendiri yang menempah derita
cuma satu kepastian dalam diri aku
aku tak mampu melupakan dia
walaupun dia banyak melukakan hati aku
tapi aku tetap dan akan terus mencintai dia

awak,terlalu sukar untuk saya lupakan awak. makin saya cuba makin dekat bayangan awak merapati saya. mungkin saya terlalu kelihatan begitu jijik berdamping dengan awak. saya tak malu. jujur dan ikhlas dari hati saya, saya amat mencintai awak. saya akan tunggu awak selama mungkin. awak tetap kekal di hati saya

SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^