Friday, July 26, 2013

Ramadhan 2013



assalammualaikum
berbulan lamanya tak menulis di ruangan ini
adui rindulah pulak dunia 'Blogger'

alhamdulillah dh 16 hari kita berpuasa
rasa sekejap je masa berlalu
tak lama lagi nak raya lah pulak kn?

pengalaman puasa tahun ni berlainan sedikit
kalau sebelum2 ni aku banyak luangkan masa with kawan2
but tahun ni no more
family comes first rather than everything

kengkangan tugas juga membatas segalanya
rasa  macam freedom of life dh di bawa pergilah pulak
huhuhuhu

alhamdulillah puasa tahun ni memberi keinsafan buat aku
thanks you buat FAMILY SONIQ
kata2 semangat di pagi hari banyak merubah hidup aku yg sering terleka dgn hasutan dunia
and thank so so so much buat sang pengeran kecil IQBAAL DHIAFAKHRI RAMADHAN
you are the best bal!

bila dh tulis panjang2 mula rasa mengarut.
stop it!
persiapan raya?
5% pun belum di mulakan
oklah chow cin chow
jumpa lagi di masa akan datang 

tahun ni x dapat nak buka puasa with abg kamal. i'm so dissappointed. tapi nak buat macam manakan? orang tak sudi nak ajak. oklah stop sadness mood now kita enjoy hidup yg entah kapan bakal berakhir ^_^

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, April 20, 2013

Surprise Birthday Abg Kamal Adli


*assalamualaikum,
mesti ramai yang ternanti2 entri kali ni
maaf atas sedikit kelewatan yg x dpt di elakkan*

16 April 2012
Selamat Ulangtahun buat Abg Kamal Adli
last year team Kamaliens berkesempatan buat birthday bash buat abg kamal
but this year ada sedikit planning yang lansung x terlintas di fikiran abg kamal

throwback memory....
tanggal 15 April setelah seminggu memerah idea
akhirnya dengan pertolongan Lisa & Rafie
kami(aku, kak syaz, ieka & shikin)
berkesempatan memberi kejutan buat sang abg
sape lagi kalau x lain x bukan cik abg tersayang kita Kamal Adli
heheeh...

nak buat surprise ni bukannya senang
di sebabkan abg kamal ni terlalu lah busy 
so nak xnak  terpaksalah ikut jadual dia..
planning awalnya nak terjah abg kamal kat tempat futsal
tapi dia ada urusan lain 
so terpaksa lah tukar lokasi

actually kita org ada msg abg kamal inform yg kita org ada kat tmpt futsal
sebabkan rasa bersalah automatic abg kamal call ckp xdpt dtg sbb ada hal..
hahaha... nak tergelak jadinya padahal kita org bukan pergi pun :P

back to our story,
x jd kat tmpt futsal akhirnya kitaorg bertukar lokasi
kat mana lagi kalau x dkt Chawan, Bangsar.
sampai kat situ jam 10 mlm
abg kamal kata dia sampai jam 11 mlm *sampai ke?*
so kitaorang pasrah jelah menunggu..
tunggu punya tunggu *mcm biasalah*
akhirlah almost jam 11.55 barulah nmpk kereta abg kamal
sebelum tu lagi kitaorg dah call rafie
so bila tau abg kamal nak sampai je cepat3 lah kitaorg sembunyi..

the best part,
tempat kitaorg sembunyi tersangatlah x strategik
boleh pulak abg kamal parking kate kat situ
dengan automatiknya kami terpaksa lah kami masuk dlm bank
hahahahaha *nmpk bank je yg berdekatan*
bila abg kamal dh duduk je so kitaorg apa lagi
sebiji kek, dengan lilin x menyala terus surprisekan abg
muka abg terkejut habis
mmg x sangka kitaorg ada kat situ
hahahha kesian kat abg..

apapun terima kasih buat semua,
lisa, rafie, kak syaz, ieka , shikin, kak iza & hubby 
yg penting abg tersangatlah happy with that

buat abg kamal,
thanks sebab belanja kitaorang makan
*adeh... terbalik kot pulak bfday boy belanja makan*

apapun misi kali ini berjalan lancar
terima kasih buat semua yang membantu..
insyaallah kita jumpa lah dlm misi seterusnya :P

buat semua,
semoga sedikit foto ini dpt menghiburkan kalian












and video di

http://www.keek.com/farasyazana

maaf sebab terlambat upload. sangat busy akhir2 ni. lps ni busy pula dgn tour 30 kota indonesia. hopefully semuanya berjalan lancar. wish me luck ok ^_^

SMILE! Thankz for reading =)

Friday, March 22, 2013

No more pain.....


assalamualaikum,
dah lama rasanya tak dapat menulis di sini
entri kali ni agak sedih sikit
tp sebenarnya aku sendiri tak pasti apa sebenarnya perasaan di hati ku ni

apa agaknya perasaan korang semua andainya orang yang anda percaya mengkhianati kalian?
bukan sekali malah sudah berkali-kali tapi hati ini terlalu berar untuk mengakui
saat si dia dalam kesempitan aku tidak lekok menghulurkan bantuan
tapi ke manakah hilangnya nilai persahabatan itu?
kerna dia aku rela di pulaukan dengan rakan2 lain
kerna dia aku sanggup memusnah sebuah persahabatan yg sgt aku hargai
segala kemahuannya aku turuti
walaupun dalam kesibukan sekali pun

tapi kini segala apa yang di katakan
seolah2 sebilah pisau yang menghiris nyawa aku
pernah aku persoalkan hutangnya kepada aku?
pernah aku mendesaknya?
pernah aku menolak permintaannya selagi aku termampu?
pernah aku minta ganjaran atas segala yang kebaikannya buat aku?

andai kata pesanan terakhirnya benar untuk meninggalkan aku
aku redha
inilah dugaan yang terpaksa aku lalui dalam mengenal erti persahabatan
aku tak pernak desak @ minta untuk membayar hutangku
andai tiada aku rela menghalalkannya

cuma aku sedikit kesal
setelah semua yang aku lakukan ini balasannya buat aku
aku amat terkilan pabila dia menjilat ludahnya sendiri
betul kata arif...
insan seperti ini seolah-olah tiada prinsip hidup buatnya
dengan menyakiti hati orang lain mungkin memberikan kebahagian buat dia....



sebelum ada yang tersalah sangka insan ini bukanlah en Arif Fareez. dialah insan terbaikyang sentiasa memberi dorongan dan semangat buat aku. terima kasih.. and x lupa buat daus & hawa too. u guess always beside me 😍

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, February 3, 2013

BENGANG equally to BANGANG


dh lama x update
today update sbb rasa sgt2 x puas hati!!
sumpah aku rasa tertipu gler!!

b4 this aku diam je apa yg jd
but today aku rasa dh smpai masanya nk tamatkan semuanya!!!!
1st at all 
aku nk tanya kat semua apa mksd 'family'?
bkn ke family means kita share semuanya no matter where we are!!
back to our topic
seriously I hate family kamaliens right NOW!!!!
why??
sbb aku rasa semuanya penuh dgn
R.A.H.S.I.A
K.E.P.U.R.A.-P.U.R.A.A.N
knp aku omong begini?
kerna lately ni aku dpt tau they have other group
di mana aku enggak di butuhkan dlm group itu!!
syabas korang!!!

aku perasaan satu benda
sejak aku 'berhijrah'
semuanya udah berubah
ada yg tanya khabar berita aku?
ada yg tnya perkmbangan aku?
the answer is NO!!!
kalau benaran kalian anggap aku ni kaya family
knp enggak ambil tahu soal aku??

kalau kalian omong jarak pemisah antara kita
aku rasa jwpnnya enggak logik lngsg!!
soalnya aku bisa aje bhubung sama semua SoniQ di Malaysia
bisa aje lakukan aktiviti sama mereka
bisa aje mereka update semua pkembangan ke aku
but Kamaliens?
lngsg enggak ada kabar berita sesaat aku tinggalkn msia.
sedetik pun enggak ada

ya aku tau dong
tanpa aku kalian pasti tetap berjaya
mgkin lg berjaya dr sebelumnya
whatever happening after this 
I don't care!!
cuma aku nk ingtkan buat seseorg itu
sila langsaikan hutang anda sama gue
ingt ye mati itu bila2 masa saja


bkn aku mau meninggali kamaliens
kamaliens have been a part of my life
just aku udah enggak di butuh lagi
jd lbh baik rasanya aku mengundur diri
pastinya aku akan support abg Kamal no matter where I am

mgkn Kamaliens penamat
SoniQ pula permulaan buat aku
hubungan antara dua negara mjadi titik permulaan buat aku
doakn moga aku bisa berjaya

KAMALIENS forever in my heart
SoniQ in my heart too
xde sedikit pun beza buat abg kamal mahupun iqbaal
1 abg & 1 adik
aku sentiasa mendukung kalian selamanya
maaf entri agak kurang ajar. hanya menulis apa yg terbuku di hati. moga hati akn lebih tenang after this. sbbkn hati agak pns so mcm2 bahasa yg kuar. maaf buat yg terasa.

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, January 1, 2013

Lembaran baru 2013


It's time to closed 2012 books
and open new books for 2013

23 tahun aku hidup di muka bumi ini
masih banyak asam garam kehidupan yang belum aku rasai
mengimbau kembali dari lahir hinggalah tamat sek men
keluarga sentiasa berada di sisi
pertama kali berjauhan dengan keluarga 
saat menjejakkan kaki ke universiti
kehidupan di U membataskan aku untuk sentiasa berada di sisi keluarga
tamat pengajian 
aku terus memilih jalan untuk berkerja
alhamdulillah dalam jangka masa setahun 
aku berjaya mempunyai kerjaya yang stabil & boleh membanggakan keluarga
hampir 3 tahun aku berkerja
akhirnya aku nekad melepaskan semua yang aku punya kini

kenapa?
pastinya demi membahagiakan semua insan yang aku sayang
biarlah aku jauh
biarlah aku tiada di depan mata
asalkan insan yang aku sayang hidup bahagia tanpa gangguan
aku x ingin menyusahkan keluarga lagi
cukuplah apa yang keluarga aku lalui
biarlah lembaran tahun 2013 menjadi detik permulaan kehidupan aku

bukan niat aku untuk melupakan sejarah hidup aku
cuma aku ingin bangkit dari pengalaman
pengalaman banyak mengajar aku apa itu erti kesusahan
benar kata pepatah
'roda itu berpusing.. kadangkala kita di atas kadangkala kita di bawah'
sekarang masanya untuk aku buang segala dendam dalam hati ini
semoga dengan ini hatiku akan berasa lebih tenang

tahun 2013 aku ingin menjadikan Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan 


kenapa aku pilih iqbaal?
bagi aku 
iqbaal adalah remaja terbaik untuk di contohi
walaupun sibuk bernyanyi, memanggung
tapi iqbaal x pernah lupa satu perkara wajib
"SOLAT"
aku bangga sama iqbaal
insyaallah aku akan jadikan iqbaal as role model

alhamdulillah pembukaan tahun 2013 berjalan begitu baik. cuma terasa agak kepenatan sedikit. doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, December 31, 2012

End of 2012


assalamualaikum semua
baru berkesempatan nak kemas kini entri semalam yg tertangguh
maaf yer kalian semua 

2012
gembira? sedih? terluka? kecewa?
semua ada dalam onar kehidupan aku sebagai manusia
asam garam kehidupan katakan
permulaan tahun 2012 pastinya terasa sedih perit
ada saat dan ketikannya aku terasa tersangatlah 'DOWN'
cuma aku beruntung di sebalik semua kesedihan itu
ada insan yang sentiasa berada di sisi aku memberikan sokongan

tahun 2012 membuka lembaran aku untuk aku mengenali sahabat2 lain
mama aku pernah berpesan
jangan memilih untuk bersahabat
sebaliknya luaskan persahabatan itu
apapun family kamaliens adalah sahabat terbaik tahun ini
suka duka banyak kami lalui bersama

banyak memori indah 2012
kalau nak cerita satu per satu tersangatlah banyak
cuma yang aku nak highlight this year
THANKZ BUAT KAMALIENS
alhamdulillah semua event yang di rancang berjalan lancar
insyaallah tahun 2013 kita akan buat yang lebih baik

tutup buku 2012. now its time to forget everythings. Insyaallah 2013 will be more better. Pray for me

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, December 17, 2012

Hiking with Kamal Adli & Kamaliens


16 December 2012
team #kamaliens with Kamal Adli
berkesempatan mengadakan Hiking (Mendaki) di Bukit Tabur, Taman Melawati
seperti biasalah aku, kak syaz, ieka & shikin pastinya ada 

kami berkumpul seawal jam 5.30 pagi di BHP Taman Melawati
selepas sesi taklimat dan pemberian makanan 
kami bergerak menuju ke Bukit Tabur
seramai 42 orang kamaliens serta guider turut terlibat dalam ekspedisi kali ini
kami tiba di Bukit Tabur jam 7 pagi

permulaan pendakian di Bukit Tabur sangat menguji ketahanan mental
baru nak warm up katakan *nmpk sgt dah lama x buat akt lasak*
1/2 jam pertama tu memang terasa pancit
banyak juga lah pit stop... hahhaha
but after that akulah orang ketiga sampai di puncak :P
kawasan Bukit Tabur yang berbatu2 sangat mencabar stamina dan juga ketahanan mental
lebih kurang 4 jam mendaki akhirnya kami tiba di puncak Bukit Tabur


kalau pada permulaan tadi ada yang gayat and so on
tapi bila dah sampai atas semuanya seronok
terasa kepenatan yang kami lalui sangat2 menyeronokkan
walaupun lambat, banyak berhenti, ketakutan, gayat
kami team #kamaliens berjaya juga menghabiskan ekspedisi pendakian ini
tahniah buat semua

ekspedisi kali ini banyak memberi pengalaman baru buat aku
selain dapat menguji ketahanan fizikal danjuga mental
aku juga dapat berkenalan dengan ramai ahli #kamaliens yang baru

selepas hampir 6 jam mendaki & menuruni Bukit Tabur 
kami akhirnya selamat tiba di tapak permulaan
alhamdulillah tiada perkara yang tidak di ingini terjadi kepada group kami

tamat saja ekspedisi ini team #kamaliens bersama2 abg Kamal Adli
makan lunch di Nasi Ayam Hainan Singapore Taman Melawati
terima kasih abg coz sudi belanja kami

even kepenatan
abg kamal harus bergerak ke lokasi
terima kasih abg coz sudi luangkan masa buat kami

apapun aktiviti kali ini paling seronok dan tak kan bisa di lupakan
terima kasih buat abg Kamal Adli, Itik Kejam, Guider serta semua kamaliens yang turut menjayakan aktiviti kali ini
insyaallah ada masa kita buat aktiviti lain lagi K

kepada kamaliens yd x dpt menyertai boleh melihat sedikit gmbr2 aktiviti kami di bawah














Our hero is always be THE HERO





hiking memang sangat2 seronok but bila dah balik terasa kepenatan yang teramat sangat. apapun enjoy the moment and will miss it forever

SMILE! Thankz for reading =)