Wednesday, April 11, 2012

Last Day TEATERMUZIKALGERIMISMENGUNDANG

sweet moment with #kamalien *8 April 2012*

8 April 2012
tamatlah sudah Teater Muzikal Gerimis Mengundang
lakonan semestinya abg Kamal Adli & Mikha Tambayong
persembahan teater ini semestinya meninggalkan 1001 kenangan terindah buat semua yang datang menonton
baik yang kecil hingga ke tua ada sahaja yang memperkatakan tntg persembahan teater yang amat mengagumkan
bagi yang telah menonton tentunya korang xkan lupakan teater ni sampai ke bila2
betul x?

last day teater sekali lagi aku berpeluang meyaksikan bersama2 team #kamaliens
semestinya ieka,diana,qila,hery, kak syaz turut serta *sayangnya xde shikin*
persembahan malam ni agak santai
macam2 adengan yang mencuit hati
pecah perut juga di buatnya
even abg kamal tersasul banyak kali tetapi dapat di selamatkan
apapun aku paling suka part nyanyi lagu anuar zain
perghhhh memang terbaiklah
5 star aku hadiahkan
banyak juga scene2 yang di tokok tambah
adengan baling kasut memang tak boleh belah
sampai jatuh ke bawah pentas
ish2 memang dasyat betul diaorang ni
part Zamani melamar Cinta pun x kurang hebatnya
sakit x tangan abg kena tiang lampu?
hahahahaha
sengaja atau tidak pasti memyimpan memori buat kami semua

dalam banyak2 scene dalam teater ni
aku paling suka sekali part Zamani, Jering & Kembang menyanyi lagu 'Merindu lagi'
sehingga ke hari ini lagu tu segar bermain dalam memori aku
alangkah indahnya if ada button record nak record suara2 tu
arghhhh rindu gler semua detik indah tu
bila lah agaknya dapat merasa lagi kan?

buat haters2 abg kamal
korang semestinya kagum sekarang ni kan
siapa sangka abg kamal boleh menari, menyanyi serta berlakon
tu korang belum tengok abg kamal mengacara lagi :face7:
hiburan malam minggu akhirnya telah berakhir
rasanya x rugi aku x ke ABPBH demi abg kamal tahun ni
apapun abg kami akan sentiasa support abg dari belakang
please and please jangan arrogant

p/s: sempat jumpa abg kamal before last show start. minum air sirap je abg oii.. abg kitaorang rasa terkilan sebab x di invite pg party sedangkan team mikha dapat pg. hurm xpelah xde rezeki nak buat macam mana :face22:








if dah selesai membaca please leave a comment.. reallay appreciate it
saat ni hati sangat kacau bilau. x tau apa yang harus di lakukan. mungkin aku harus mengikut kata ibu. itulah pilihan yang terbaik aku ada saat ni. buat insan tersayang. aku amat merinduimu. hanya kenangan tu simpan tersemat di hati.

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, April 10, 2012

2nd Time Teater Muzikal Gerimis Mengundang

sesi autograph dgn peminat

rasanya agak lambat meng'update' entri ni
maklumlah kebuzian melanda katakan
5 April yg lepas sekali lagi aku berpeluang menonton TMGM
kali ni paling best sebabnya dpt duduk betul2 depan pentas *roll ke-3 je pun*
macam biasa aku pergi menonton wif ieka, shikin, adk aku (nana) and fans kamaliens (kak syaz & asyikin)
mula2 tgk teater ni aku dah rasa ada kelainan
permulaannya x sama dgn persembahan kali pertama
the best part for this show adalah part kasut zamani tercabut
memang kelakar habis
pecah perut di buatnya
overall keseluruhan teater kali 2 sangat2 menarik
apapun tahniah buat semua pelakon TMGM
uols the best forever
in the end of the show sempatlah berborak pnjg dgn abg kamal & mikha
yg pasti sesi bgambar xkn bisa di lupakan
*teringat ada sorang fans abg kamal x puas hati dengan gambar yang di ambil.. hahaha kesian kat abg kamal*

kumpulan zero selaku co-pilot

with Taiyuddin Bakar aka Boboboi

Mikha Tambayong aka C.I.N.T.A

muka dan kepenatan

peace :face7:

makin lama makin lambat meng'update' blog. arghhh kebuzian melanda. begitu banyak kerja yang perlu di bereskan

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, April 3, 2012

TMGM & Luncheon TMGM


before this aku dah update mengenai promo tour Teater Muzikal Gerimis Mengundang(TMGM)
now aku nak berkongsi pengalaman aku menonton TMGM
31 March yg lepas, aku,ieka,qila,shikin & diana b'kesempatan untuk m'yaksikan TMGM lakonan abg KAMAL ADLI and MIKHA TAMBAYONG di Istana Budaya
1st at all aku bagi 11/10 to teater ni
seriusly teater ni amat menyeronokkan
ada unsur komedi, persahabatan, percintaan dan yg pasti kesedihan :face29:
apapun teater ni sarat dengan mesej yang berguna

bagi aku,
dari detik pertama aku menonton dah membuatkan jiwa aku tidak sabar menonton hingga ke akhir
setiap babak yang di persembahan sgt2 terhibur
suara abg kamal selaku ZAMANI juga sangat menghiburkan
aku paling suka sekali saat Zamani memarahi Co-Pilatnya
hahahhahaha
yang paling best sebab Zamani turut sekali menyanyi sambil menari


kenangan di Istana Budaya

permulaan April sangat2 menarik buat aku
nak tahu apa dia???
aku, shikin & ieka antara insan bertuah yang dapat lunch bersama abg Kamal Adli & Mikha Tambayong
kalau nak di tanya macam mana kami dapat invitation tu agak susah nak explain
so biarlah hanya kami yang mengetahui
LUNCHEON TMGM sepatutnya start kul 11 pagi
biasalah janji melayu katakan
kul 12 baru lah mula
malangnya abg kamal datang lambat
kesian dia nak mohon maaf dari semua
yang menariknya lunch ni kami sentiasa di hiburkan oleh abg Kamal & Mikha
kalau nak di sebutkan sesi bergambar memang tak payah nak kiralah
rasanya mahu beratus abg kamal bergambar...hehheehee
the best part budak2 sek yang tgh buat lawatan kat PWTC pun turut serta berpeluang bergambar with abg kamal
to be honest serius abg kamal sangat2 peramah
semua yang ingin bergambar dia akan tunaikan
apapun lunch date ni memberi kenangan terindah buat syikin
kerana
dapat duduk semeja dengan abg kamal :face49:
but unfortunetly shikin malu2 la pula..
oklah that all....
aku tinggalkan uols semua dengan kenangan terindah from Raflessia Chicken Hut, The Mall

Invitation ticket

seriusnya abg kamal.. nak tahu abg kamal pandang sape? biarlah rahsia :face18:

bersantai sambil berborak. macam xde meja kan?

sila abaikan gambar rafie di belakang

fan2 yang bertuah join luncheon TMGM

mohon kemaafan sebab datang lewat

kamilah forever #kamaliens

snapshot!

dua2 dah keletihan

rasanya dah lama baru berkesempatan nak update. maaf yer. internet meragam sikit 2-3 hari ini. di harap semua tidak copy gambar ini yer. sekadar untuk berkongsi dengan semua

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, March 28, 2012

Promo Teater Gerimis Mengundang


assalamualaikum semua
apa khabar?
rasanya dah lama tak menulis kat sini
rindu pula dengan zaman berblogger

nmpk x poster besar kat atas tu?
kalau korang free apa kata korang datang support teater ni
teater ni bertajuk "Gerimis Mengundang"
mula di tayangkan start 27 Mac sehinggalah 8 Apr ni
so apa lagi
x kan nak tunggu last minute baru nak join
yang pasti teater lakonan abg Kamal Adli & Mikha Tambayong ini pasti x kan mengecewakan semua peminat
apa tunggu lagi sila lah dapatkan tiket sesegera yang mungkin yer :face7:

ptg td aku sempat join promo teater ni kat Wangsa Walk
sedikit mengecewakan sebab kurang mendapat sambutan
harap2 lepas ni dapatlah sambutan yang mengalakkan yer
btw that's not the topik
1st at all aku teperanjat dengan berita malang yang menimpa abg kamal
kesian kat abg kan
mungkin ada rezeki lainlah tu
tapi dalam kesedihan abg kamal mencuit hati gak
aku xleh nak lupakan pasal isu public phone
hehehee
biarlah hanya aku yang mengetahui
btw tadi mmg happening gler
puaslah kami jalan2 satu Wangsa Walk buat promo
penat but amat bebaloi demi meyokong abg tersayang...

oklah tinggalkan korang semua dengan kenangan terindah from
WANGSA WALK


berehat sebentar after penat buat promo

rasa macam muka aku nak makan orang suka

with heroin TMGM Mikha Tambayong

siapa lagi kalau bukan en hero kita - kamal adli aka zamani

suka dapat tengok abg kamal tersenyum tadi even dalam kesedihan. sabar yer abg kamal. semua tu dugaan. ada hikmah semua tu

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, March 10, 2012

Everything is over


manusia mana yang x pernah lari dari membuat kesilapan kan
kuarnya aku dari "Shazzle Crew" menjadi bualan ramai
pelbagai cemuhan & penghinaan yang aku terima
salah ke keputusan aku?
aku buat ini semua demi seorang lelaki
insan yang aku kenali sejak dari kecil
yang sentiasa menjaga dan mengambil berat tentang diri aku
saat keputusan di buat hati ku amat remuk
namun demi kasih sayang aku terhadap dia aku turutkan jua
"DIA"
ketika dia minta aku buat keputusan sama ada memilih dia ataupun Shazzle Crew
hatiku saat terluka
kenapa baru sekarang dia bangkitkan isu itu
kenapa tidak dulu
kenapa dia baru berani bersuara selepas .............
sebelum ini dia tak pernah menghalang aku bergaul dengan sesiapa
aku tak faham kenapa sikapnya berubah sangat
rasanya macam aku dah tak mengenali diri dia
2-3 hari sebelum aku kuar dari Shazzle Crew dia ada pesan
"seandainya awak tak pilih untuk kuar dari Shazzle Crew awak tak kan jumpa saya lagi"
kata2 dia betul2 mengugut aku
cubaan demi cubaan aku lakukan untuk kuar dari Shazzle Crew
aku tak sangka ieka perasan tweets aku
dan di situlah akhirnya semuanya berakhir
ketika ni hubungan aku dengan dia agak dingin
even kami berjumpa setiap hari tapi susah nak dapat keceriaan seperti dahulu
kadang2 aku terfikir mungkin keputusan aku tersilap
mungkin aku terburu2 membuat keputusan
tapi..... itu
aku buat demi dia dan demi persahabatan kami
bagi aku susah untuk aku cari sahabat yang betul2 memahami aku
awak... maafkan saya sebab berkasar dengan awak
saya buat semua ini demi mama
saya tak nak rosakkan hubungan kekeluargaan kita
saya sangat berharap semoga hubungan kita seperti dulu
saya rindu nak gosip dengan awak psl BF/GF :face60:

dalam hidup kita tak semuanya kita dapat. kadang kala kita inginkan permata tapi hanya kaca yang kita dapat. aku tak menyesal dengan keputusan aku. bagi aku keluarga harus aku utamakan.

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, March 3, 2012

At last I'm feeling good

alhamdulillah
segalanya dah berakhir dengan baik sekali
right now aku dah tak nak terikat dengan apa2 komitmen lagi
pagi tadi aku dapat whatsapp dari kak sofie
terpulang kat akk lah nak cakap fara ni apa ke
apa yang aku tahu i made a right decision
sebabnya aku rasa lega bila aku lepaskan semuanya
maybe before this aku terhimpit dengan masalah2 yang melanda
buat para pembaca blog aku
I'm officially out from Shazzle Crew
atas alasan apa?
aku pun dah di unfollow oleh mereka
access data pun aku dah xleh nak masuk
but truely aku rasa lega sangat2
alhamdulillah mungkin ini hikmah di sebalik semua yang berlaku
if ada persoalan or whatsoever sila lah jangan tanya aku
sebab aku dah tak berminat nak amek tahu or masuk campur
oklah that's last aku mention about this group
after this aku nak concentrate dgn group abg kesayangan aku

P/s: sometimes orang salah baca apa yang kita tulis. so kat sini aku terangkan. aku tak pernah mention langsung nama kak sofie dalam twitter. tweets2 aku just buat the siblings. diaorang faham apa aku tweets kerna masalah ru datang dari diaorang but if terasa aku tak boleh nak buat apalah.

new life pages for today. after aku tamatkan segalanya aku takkan toleh ke belakang lagi. aku halalkan semuanya. mungkin bukan jodoh kita lagi. right now aku ingin bersendirian.

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, March 1, 2012

1 March 2012

hari ni merupakan hari yang sangat2 teruk!
damn i hate it so much
hari ni aku make a decision utk ubah diri aku
sayangnya di pertengahan jalan aku terkadas
mungkin esok masih ada waktu untuk aku perbaiki kesilapan hari ni
saat ini kepala otak aku sangat2 serabut!
byk benda aku nak fikirkan
kahwin lah.. persahabatan lah and so on..
bab kahwin aku rasa aku lum ready lg
aku masih mencari insan yang betul2 memahami aku
yang dapat menerima kelebihan & kekurangan pada diri ku ini
mungkin saatnya belum sampai lg so mum memahami please
i really need time
7 bulan itu masih belum cukup ma
berbicara soal persahabatan aku rasa agak huru hara sedikit
rakan2 yang dah lama mengenali aku menjauhkan diri hanya di sebabkan satu mulut
sayangkan?
kenal dari zaman persekolahan lagi
sama2 bergelak ketawa sama2 sedih
dengar cter both of korang nak kahwin
congrate from me
shazzle crew?
mcm pernah dgr kn?
ok zip mulut ketat2
biarlah hanya aku yang tahu

lately ni macam2 terjadi kat diri aku
aku sayang sangat2 member2 aku
daus, qila, hawa & especially Adam
diaorang semua sentiasa menemani aku
if aku sedih diaorang sentiasa berada di sisi aku
lebih2 lagi adam

ADAM
nama yang tak asing dalam hidup aku
setiap kali aku sedih pastinya adam hadir memberi keceriaan
setiap kali aku menitiskan air mata adamlah yang meyekat dari terus berjurai
setiap kali aku kesakitan adamlah yang akan jadi pengubat diri aku
adam begitu baik sebaik dan seindah namanya
tapi kenapa aku tak boleh terima adam sebagai pasangan hidup aku?
adam jujur dengan aku
sepenuh hatinya mencintai
tapi aku??? hati aku tidak sedetik pun mencintai adam
kerna jauh dalam sudut hati aku...
aku mencintai insan bernama Arif
maafkan fara adam..:face59:

kemelut kesedihan hari ini di ceriakan oleh Daus
pagi2 lagi daus dah ajak aku berjogging gi opis
tulah padahnya bila naik kate x tengok minyak
sekali terpaksa tinggalan di tapak letak kate
di pertengahan hari mood aku agak bengong sikit
sekali lagi daus ajak aku buat keje gler
nak tahu apa?
playground.. nmpk sgt mcm keanak2kan :P
happening lah juga di tambah pula dengan hujan turun dgn tiba2
memang terbaeklah
teringat memori zaman kecik3
thankz to daus coz make me smile:face26:

mengharapkan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini. cinta dan sayang aku hanya buat insan bernama Arif. aku masih belum menerima kehadiran sesiapa lagi. rasanya aku perlu juga ikut nasihat abg ku. entri kali ini agak serabut sedikit

SMILE! Thankz for reading =)