Thursday, August 18, 2011

Kamal Adli Fans Day


helo stalker!!!! sorylah baru hari ni dapat update even yang dah kurun zamannya berlangsung.. hehhehe busy menenangkan otaklah katakan.

15 ogos 2011 mencatat sejarah buat Kamal Adli Fans Club kerna buat julung kalinya Majlis Berbuka Puasa Kamal Adli bersama Fans Club dapat di jayakan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa. alhamdulillah walaupun berlaku banyak kesulitan sebelum itu namun dapat di atasi dengan baik. event ini adalah event pertama abg kamal bersama para peminatnya. meriah memang tak terkatalah rasanya gegar bilik tu malam tu hehehe.. sepatutnya abg kamal tiba jam 6 petang tapi di sebabkan kesesakan lalu lintas jam 7.40 barulah abg kamal tiba. kesian abg kamal terpaksa berbuka puasa dalam kereta. actually sebelum sampai semua fans dah nekad nak kenakan abg kamal sebab dia kata sape lambat kena denda alih-alih dia yang lambat tapikan bila jejak je kaki abg kamal semuanya jadi SPEECHLESS.. terkedu tak terkata. kesian kat diaorang kan langsung tak jadi nak kenakan abg kamal. yang bestbyya event kali ni semua antara kami tak pernah berjumpa tapi dapat beramah mesra macam satu keluarga.. memang terbaiklah

untuk event ni para ajk tak siapkan pun sebarang aturcara. just to have fun with abg kamal. tapi abg kamal kata tak bestlah if makan-makan je so he decide to play a game. nama permainan ni "SHREK" *kalau tak silap lah* atau lebih senang dikatakan teka filem. permainan memang sangat-sangat funny. paling terbaik sekali aksi RAFIE HASSAN memainkan peranan sebagai LION KING. memang pecah perut di buatnya. thank to abg kamal, kak intan & rafie yang sangat-sangat memeriahkan malam kami. kenangan yang uols bagi memang tak boleh dilupakan. apapun hopefully after this event akan lebih meriah dan makin ramai yang join.

at last tibalah masa untuk berpisah. ramai fans yang still tak mahu balik lagi. maklumlah teruja sakan dengan abg kamal kan. tak pelah next time kita buat lagi event macam ni. nilah masa fans-fans abg kamal berkumpul untuk saling mengenali antara satu sama lain.  

nilah antara moment2 kami bersama-sama















SMILE! Thankz for reading =)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Bolehlah tinggalkan komen sikit yer ^_^