Saturday, January 28, 2012

:'(((((((((((


apalah yang bermain di kepalaku saat ini
lately ni aku agak sentap sikit dengan kak sofie
aku dapat rasakan hubungan dingin aku ngan dia
aku cemburu dengan member crew yang lain terutama Arif & Izz
banyak yang mereka tahu mengenai group ini berbanding aku
kadang2 aku terfikir apa gunanya aku di dalam group tu
adakah aku hanya pameran meyaksikan kegemilangan orang lain?
hurm...
bercakap mengenai tweets memang makin terasa
setiap hati aku menitiskan air mata membaca semua tweets
kenapa orang lain lebih mengetahui berbanding aku?
kenapa aku menjadi insan terakhir tahu semua aktiviti dalam group tu
sapelah yang tak terasakan?
aku yang mulakan group tu
tapi sekarang aku di anggap tidak wujud
salah aku juga
pemikiran aku tak matang selari dengan usiaku
kadang2 aku sedih
kenapa dalam satu group perlu ada rahsia?
kenapa dalam group perlu ada perbalahan?
kenapa dalam group kena ada yang bermasam muka
hati aku hanya aku yang mengetahui
orang lain tak lalui apa yang aku rasa
orang lain tak kan faham
mereka hanya tahu komen je
diaorang sedar tak kata2 tu semua amat melukakan hati aku
saat ni aku masih mampu tersenyum
sampai bilakan?
aku sendiri tak tahu
kejadian 2 hari lepas masih segar dalam ingatan aku
semua crew kak sofie hubungi except aku
aku hanya mampu tersenyum menyembunyikan seribu kedukaan dalam hati aku
saat itu hanya air mata yang mampu aku curahkan
aku sedih gler
kenapalah aku jadi manusia yang sangat2 tak penting lansung
aku tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terbuku di hati ini
aku tak mampu berkata2
yang terus menghantui aku adalah KESEDIHAN :face59:

aku rasa bersalah. di sebabkan aku orang lain menanggung masalah. aku tahu punca masalah itu datang dari aku.aku ingin berdamai tapi apa kan daya orang itu tak sudi. entah macam mana aku bakal berdepan dengannya nanti

SMILE! Thankz for reading =)

Tuesday, January 17, 2012

Happy Birthday to Pak Usu :'((((((((


hari ni 17 Januari
hari jadi insan yang amat aku sayang
alangkah bagusnya kalau dia masih hidup
boleh aku luahkan semua masalah yang ada dalam diri aku
dialah tempat aku mengadu
dialah yang sentiasa memberi aku semangat
dialah yang sentiasa membela aku
dialah yang sering memberikan aku tunjuk ajar
dialah yang sering membahagiakan hari2 aku
alangkah bagusnya kalau detik ini kembali kepada 6 tahun lepas
aku rindukan dia
setiap tahun aku lah insan pertama yg wish & sing happy birthday to him
sometimes aku menangis sendiri kenapa insan yang amat aku sayangi harus pergi meninggalkan aku
setiap kali aku dambaan kebahagiaan kelukaan yang bertempat di hati ku
pak usu,
adk rindukan pak su
alangkah bagusnya kalau pak usu masih hidup
banyak benda adk nk ceritakan kat pak usu
adk sayang pak usu
tahun ni macam tahun2 lepas juga
adk xde hadiah untuk pak usu
adk boleh sedekahkan al- fatihah buat pak usu
semoga pak usu tenang di sana
sentiasa doakan kesejahteraan adk :face29:

aku tak sampai hati nak tunjukkan kesedihan aku depan orang lain. aku cuba gembira tapi dalam hati aku amat terluka. ada yang masih berdendam dengan aku. maafkan aku. aku bukan insan yang sempurna

SMILE! Thankz for reading =)

Sunday, January 8, 2012

akhirnya sebuah persahabatan


assalammualaikum
baru hari ni berkesempatan nak mengupdate blog
maklumlah kebuzian melanda sejak akhir2 ni
4.1.2012
memori yang akan sentiasa terpahat di hati
tak di sangka akhirnya persahabatan yang cuba aku pertahankan berakhir jua
langsung aku tak jangka inilah pengakhiran perhubungan kami
selama ni aku berdiam
tak sangka berdiam rupanya lagi banyak mengundang padah
sahabat yang aku sayang yang aku anggap seperti abg akhirnya membuat keputusan untuk tidak mempunyai sebarang ikatan dengan aku
kenapalah dunia ini kejam?
kenapa saat aku mengecapi kebahagian semuanya di rampas?
ya allah beratnya dugaanMu terhadap diriku ini
aku sangat2 menyayangi dirinya
aku tak sangka langsung tindakan dirinya ni terhadap diriku
seharian aku menangis
aku sembunyikan semua kedukaanku dalam diriku sendiri
aku rasa amat2 tertekan
kepada siapa harus aku luahkan
aku kehilangan seorang sahabat yang amat penting dalam hidup aku
mulanya amat berat untuk aku hadapi
hinggakan aku fikir kenapa aku perlu hidup?
kan bagus kalau aku mati
tak payah melalui kelukaan yang teramat sangat
hatiku saat ini hancur gila
lagi aku cuba kenangan bersama dia
makin kerap kenangan itu muncul
aku sayangkan dirinya
mungkin silap aku juga
aku langsung tak di berikan kesempatan untuk memberi penjelasan
sedih rasanya dia dia putuskan semuanya secara tiba2
tapi nak buat macam mana
saat ini aku amat merindui dia
aku rindukan senyuman dan gelak ketawanya
he always in my mind:face22:

permulaan tahun 2012 sangat mendukacitakan. rasa teramat perit nak teruskan kehidupan. hurmmmmm

SMILE! Thankz for reading =)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year :)))


salam semua
terlebih dahulu fara nak ucapakan
'Selamat Tahun Baru & Happy New Year 2012'
buat semua sahabat2 serta rakan2 fara
mestinya semua ada azam baru kan?
tahun ni fara tak tanam azam pun
azam tahun lepas pun tak tercapai lagi :face7:

new year kali ni aku sambut ala kadar je
tak de mood pun nak sambut
yalah hati ini masih terluka lagi kan

tahun ni aku mengharapkan satu pembaharuan besar
aku nak ubah penampilan dan kerektor dia aku
aku nak jadi diri aku sendiri
aku tak nak ikut kata orang lain
dunia aku milik aku
tak ada siapa pun yang berhak mengatur hidup aku

aku still ingin mohon maaf dari dia..semoga hati dia cepat terbuka untuk maafkan aku. aku mohon maaf yang teramat sangat. please forgive me :face29:

SMILE! Thankz for reading =)

Saturday, December 31, 2011

2011 memories


assalamualaikum dan salam sejahtera semua
akhirnya 2011 sampai ke hujungnya
hari nilah hari terakhir kita melihat matahari terbit dan terbenam
banyak kenangan yang aku lalui sepanjang 2011
semestinya ada kenangan manis & juga pahit
tahun ni banyak menguji aku
banyak air mata yang aku titiskan
nak buat macam mana kan?
rasanya sia2 je air mata tu

banyak memori terindah tahun ini antara aku dan dia
2 April 2011 - 1st time aku terima panggilan call dari dia
mula2 tu cuak juga coz dia menyamar sebagai agen pencarian pelajar kolej
konon2 lah.. dah lah call guna no lain mmg terkejutlah juga
date tu jugalah 1st time aku text ngan dia
4 April 2011 - 1st day aku jumpa ngan dia..
aku still ingat restoran kami lunch dan tak mungkin aku lupakan
setiap kali aku lalu tempat tu mesti aku teringatkan kat dia
even dia pemalu tapilah itulah diri dia
pensyarah muda yang sangat2 aku kagumi
28 July 2011 - dia add BBM aku
mula2 aku tak kenal sape tu Arjuna
mana taknya letak gambar Patrik kan
aku still ingat msg mengatakan memperkenalkan diri dia
i miss that moment
23 August 2011 - aku terima kad raya dari dia
itulah kad raya pertama & terakhir tahun ni
aku sangat hargainya
27 September 2011 - dia kata aku orang pertama add BBM dia
tak sangka pula
kebetulan je semua tu
22 November 2011 - 1st time dia ajak aku pg event company dia
aku mmg excited sgt2
mulanya bkn sbb dia
tapi bila sampai fikiran aku bertukar pula
and that was the 1st time aku bergambar
sumpah happy.. dah lama aku tunggu saat ni
yang paling buat aku happy BBM dia after event ni
sampai sekarang aku still simpan
5 November 2011 - jumpa dia kat ASK2011
seriusly dia hansem
bagi aku penampilan dia agak lain sikit malam ni
28 November 2011 - lunch dengan dia with sorang kakak ni
actually badan aku tak berapa sihat sangat
tapi demi komitment aku terpaksalah juga
6 December 2011 - hari sekali lagi aku lunch dengan dia
kali ini bukan sebagai pensyarah tapi executive
saja jumpa dia bagi cenderamata from singapore
7 December 2011 - kuar ngan nadia
plan nak cari hadiah william ngan wan
saja text dia nasib jugalah dia sudi nak jumpa even lambat
even sekejap tapi happy dia teman cari hadiah
dia ajak aku tengok wayang
sayangnya aku terpaksa tipu sebab tak nak kuzen aku salah anggap
24 December 2011 - inilah kali terakhir aku kuar ngan dia
aku tengok dia macam cacing kepanasan
tak leh nak duduk diam
26 December 2011 - berakhirlah hubungan antara kami
even perit untuk aku lalui tapi aku terpaksa
setiap malam aku titiskan air mata
siapalah yang nampak kan

hingga ke hari ini aku still mengharap hubungan kami pulih seperti sedia kala
aku manusia biasa
tak lari dari membuat kesilapan
abg aku pernah kata jangan terlalu berharap
even dia dah hina aku.. diri aku tetap memaafkan dia
walaupun terluka

banyak lagi memori terindah buat aku..
ada di antaranya aku dah upload kat twitter
silalah baca yer..

aku mengharapkan tahun 2012 membuka lembaran baru bagi aku
hidup atau matiku aku pasrah
aku sendiri tahu keadaan diriku
andaikata Allah ingin menarik kembali semua pemberiannya aku redha

awak...saya sentiasa mengharap awak maafkan saya. saya tahu saya dah letak awak dalam keadaan yang tidak selesa. saya tunggu saat itu. andaikata detik itu muncul dan saya dah tiada saya nak awak tahu yang dah maafkan awak. terima kasih awak sebab bagi kenangan terindah buat saya.

aku merindui arwah pak usu.. setiap kali aku sedih bayangan wajahnya sentiasa berada di mataku. Pak usu adik rindukan pak usu. adik nak berada di sisi pak usu. adik tak xde tempat nak mengadu.. ibu asyik sama kan adik dengan abg. adik tak leh jadi macam abg. abg pandai ada kerjaya. semua abg buat dapat pujian. adik sayangkan abg tapi adik rindukan pak usu. mata pak usu dalam diri abg buat adik makin rindukan pak usu

SMILE! Thankz for reading =)

Thursday, December 29, 2011

im crying alone :'(((((((((((


salam semua
makin hari makin kerap pula update blog ni kan
aku just nak kurangkan kesedihan
blog lah tempat aku meluahkan segala-galanya
hanya blog yang memahami dan mengerti apa yang tersirat dalam hati aku

hari ini aku rasa down gler
rasa nak nangis tu tak payah nak cakaplah
aku rasa terpinggir diri
seolah-olah aku bersendirian dalam satu kumpulan
hati aku sekarang memang kecewa gler
aku rasa diri aku dah tak di perlukan lagi
mungkin orang lain dah jadi keutamaan
aku nak keluar dari kelemasan yang melanda
dah tak ada air mata yang mampu aku titiskan
aku doakan agar mereka semua gembira sabtu ni
aku rasa nak tarik diri saat ini
aku dah tak mampu lagi nak beri kerjasama....

i need a few days to be alone
rasanya aku perlu off semua connection antara aku dan mereka
aku perlukan masa untuk bersendirian
berfikir..bertenang dan yang pasti menyembuhkan luka dalam hati aku
aku pernah cuba berdiam tapi hatiku makin terseksa
i need a beautiful beach..freedom..angin sepoi2 bahasa dan paling penting
KETENANGAN
mungkin betul kata abg
aku dah besar
tak boleh lari dari masalah
tapi nak buat macam mana
hakikatnya aku tak kuat
aku bukan seperti gadis2 lain yang mampu membuang segala masalah dalam sekelip mata
even aku tak suka dengan diri aku tapi inilah kenyataan!!!!

pengakhiran tahun ni amat mendukacitakan hari aku
sedih memang tak terhingga
aku mampu tersenyum tapi senyuman itu tidak ikhlas kuar dari diri

awak...saya sedih gila baca tweets2 awak.. kenapa sampai sekarang awak tak nak maafkan saya. ingin sekali hati saya bertweets kat awak tapi saya takut. takut awak mengeluarkan lagi kata2 penghinaan buat saya. semalam pun hati saya dah cukup terguris.. awak saya amat berharap awak maafkan saya.. saya rindu awak :face29:

SMILE! Thankz for reading =)

Wednesday, December 28, 2011

Siapalah Saya Di Hati Awak


hurm sedih rasanyakan
nak buat macam mana
itulah yang terpaksa aku lalui sekarang
di benci oleh orang yang amat2 aku sayang
tak apalah awak
saya doakan awak bahagia
mungkin antara kita dah tak ada jodoh

even pahit untk saya terima saya sentiasa harap awak maafkan saya. saya masih menantikan panggilan dari awak. saya tahu awak tak baca pun blog saya ni

SMILE! Thankz for reading =)